Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rang enakmen berdasarkan nas tunggu dikemukakan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, Kerajaan Negeri akan mengemukakan rang enakmen yang menyentuh soal nas al-Quran dan hadith Nabi tidak lama lagi. Bagaimanapun kini Kerajaan belum lagi mengemukakan undang-undang tersebut kerana masih ramai terdapat umat Islam tidak faham dengan keperluan merealisasikan undang-undang atau enakmen itu, apa lagi orang bukan Islam.

Menteri Besar berkata, ketidakfahaman itu boleh mendedahkan mereka kepada kerosakan aqidah yang sepatutnya dijaga dengan baik oleh seluruh umat Islam. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pembentangan Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Kerajaan Negeri mengharapkan enakmen yang berkait dengan nas termasuk hukum hudud dan qisos dibincang dengan semasak-masaknya oleh kalangan ahli ilmu dan difahami oleh masyarakat agar tiada lagi golongan yang mendakwa hukum berkenaan zalim dan seumpamanya.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyebut terdapat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi di Yaman yang mendakwa undang-undang Islam jika dilaksanakan ia akan berlaku zalim kepada orang bukan Islam dan lain-lain dakawaan yang tidak berasas. "Kita mengharapkan orang yang tahu agama dalam Umno memberi nasihat kepada pemimpin atasan mereka... bagaimanapun sebelum ini mereka tidak memberi nasihat," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com