Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


829 tenaga pengajar YIT di masjid

KUALA TERENGGANU: Tenaga Pengajar Yayasan Islam Terengganu (YIT) yang masih berkhidmat di masjid-masjid di seluruh negeri berjumlah 829 orang, kata Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketika menjawab satu soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Haji Azman Shapawi Abdul Rani di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini beliau berkata, Daerah Marang mempunyai tenaga pengajar paling ramai berjumlah 135, kedua Hulu Terengganu (132), Ketiga Kuala Nerus (130), keempat Setiu (103), kelima Kuala Terengganu (97), keenam Kemaman (76), ketujuh Dungun (77), kelapan Besut (62) dan kesembilan program KAFA (17).

Katanya, kajian pemutihan dilakukan berdasarkan kepada keperluan semasa. Haji Azman Shapawi bertanyakan jumlah tenaga pengajar daripada YIT, Pejabat Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang masih berkhidmat di masjid-masjid di seluruh negeri. Beliau juga ingin tahu mengenai cadangan Kerajaan untuk membuat pemutihan terhadap tenaga pengajar berkenaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com