Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Beri peluang Terengganu laksana Islam

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta Kerajaan Pusat memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Terengganu melaksanakan Islam dalam masa lima tahun tanpa sebarang sekatan. Katanya, jika parti Kerajaan tidak betul, rakyat boleh menolaknya dalam pilihan raya umum. Katanya, parti kerajaan sekarang menerima hakikat rakyat menolaknya tidak seperti parti pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini. Bagaimanapun Kerajaan Pusat awal-awal lagi menyekat usaha Kerajaan Negeri dengan merampas royalti petroleum dan melambat-lambatkan Geran Wajib Tahunan.

Parti Kerajaan sekarang tidak gentar menghadapi kekalahan kerana ia pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum di Terengganu dan Kelantan. "Yang menjadi masalahnya parti pembangkang melenting apabila kalah sedikit atau banyak," jelasnya. Parti itu juga cuba campur tangan urusan pentadbiran sama ada di peringkat pusat dan negeri. Tindakan sedemikian menyusahkan pegawai dan kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka, tambahnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com