Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RM234.09 juta pelaburan sehingga Julai

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 38 projek dengan pelaburan berjumlah RM234,086,500 penggunaan tenaga kerja seramai 3,891 berjaya diwujudkan sehingga Julai tahun ini dalam keadaan Negeri dirompak royalti petroleum. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, tahun lalu sejumlah 30 projek dilaksanakan dengan pelaburan berjumlah RM215,830,000 dan penggunaan tenaga kerja berjumlah 3,496.

Sementara tahun ini, lapan projek berjaya dilaksanakan dengan pelaburan berjumlah RM18,256,500 dan tenaga kerja berjumlah 395. Menteri Besar menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Dato’ Haji Mohamad @ Abu Bakar Ali di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini. Dato’ Mohamad bertanyakan jumlah pelaburan dan nilai pelaburan yang datang ke Terengganu sejak PAS memerintah negeri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com