Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Projek Sura Gate pesaka BN

KUALA TERENGGANU: Projek Pembangunan Sura Gate adalah pesaka projek Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, mengikut perjanjian antara pihak ABI Contruction Sdn. Bhd. (ABI) dan Majlis Daerah Dungun (MDD). Tanah tersebut akan dimajukan dengan membina sebuah pusat perniagaan komersial secara penswastaan yang melibatkan pembinaan ruang perniagaan dan kediaman.

Katanya, Pembahagian keuntungan adalah pada kadar 70 peratus pemaju dan 30 peratus MDD. "Setakat ini perjanjian tersebut adalah dipatuhi," katanya ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Haji Azman Shapawi Abdul Rani di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

ADUN itu bertanyakan bentuk perjanjian yang dibuat antara Majlis Daerah Dungun (MDD) dengan ABI dan kepatuhan terhadap perjanjian itu. Berhubung dengan status tanah projek itu Menteri Besar berkata, sehingga kini ia masih tanah kerajaan. Justeru jawatankuasa Pemantau Projek telah ditubuhkan, beberapa mesyuarat diadakan bagi membincangkan masalah berbangkit dengan pelaksanaan projek termasuk juga lawatan ke tapak pembinaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com