Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pemimpin Umno larang guna kerusi hadiah di masjid

KUALA TERENGGANU: Seorang pemimpin Umno di negeri ini bersikap buruk dengan melarang jawatankuasa sebuah masjid di Besut menggunakan kerusi yang dihadiahkannya, selepas pemerintahan negeri ini bertukar tangan. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Saiful Bahari Mamat berkata, pemimpin Umno lulusan Universiti al-Azhar di Mesir itu telah menulis sepucuk surat kepada jawatankuasa masjid berkenaan agar menyimpan kerusi tersebut berhampiran mimbar.

"Dalam surat tersebut beliau memaklumkan kerusi untuk diduduki oleh orang yang mengajar agama di masjid berkenaan tidak boleh diduduki oleh sembarangan orang. "Oleh itu, beliau mengarahkan ia disimpan di sebelah mimbar sahaja," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka. Beliau berkata, sepatutnya pemimpin Umno menyedari bahawa masjid adalah pusat bagi pelbagai kegiatan ummah.

"Banyak permasalahan yang berlaku di masjid dapat diselesaikan jika semua pihak mengetepikan kepentingan politik masing-masing," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com