Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Haram, Murtad bantu AS

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa haram dan boleh membawa kepada murtad hukumnya bagi orang Islam dan mana-mana negara umat Islam membantu Amerika menyerang Afghanistan.

Beliau meramalkan Amerika akan berkubur seperti Soviet Union tahun 80-an dulu jika ia menyerang Afghanistan. Dalam kuliah mingguan malam Rabunya di Masjid Ladang di sini beliau menyebut Osama bin Ladin mungkin akan terbunuh oleh tentera dan alat senjata canggih Amerika, tetapi ia tidak berakhir setakat pembunuhan seorang Osama saja. "Seorang Osama terbunuh seribu Osama lagi akan lahir," katanya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyentuh perkara itu dalam huraiannya terhadap sepotong hadith dalam Mastika Hadith mengenai menolong orang Islam yang dalam kesusahan. Katanya, wajib hukumnya bagi orang Islam membantu seorang Islam yang dalam kesusahan, dan haram membantu musuh yang mengancam orang Islam.

Beliau berkata, Amerika sekarang mengancam untuk memerangi Afghanistan, sebuah negara Islam yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa hasil. "Maka haram bagi orang Islam dan negara-negara Islam untuk membantu Amerika," jelasnya. Jika Afghanistan diserang, wajib fardu ain bagi orang Islam dan negara Islam yang berhampiran dengan Afghanistan membantu dan fardu kipayah bagi orang Islam dan negara Islam yang jauh.

Katanya, kerajaan-kerajaan umat Islam sekarang sedang diuji oleh Allah, apakah mereka takut kepada Allah atau takut kepada makluk iaitu Amerika. Bagaimana pun beliau gembira kerana seluruh ulama’ di dunia telah memberi fatwa betapa membantu Amerika menyerang Afghanistan adalah haram. Antara yang membuat fatwa itu ialah Syeikh Yusuf al-Qardawi dari Qatar, Majlis Ulama’ Jordan, Majlis Ulama’ al-Azhar, Mufti Pakistan dan lain-lain.

Semua mereka mengatakan haram membantu Amerika menyerang Afghanistan. Menteri Besar itu tidak gembira dengan kejadian serangan penyerang terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York yang mengorbankan beribu-ribu jiwa termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Bagaimanapun katanya, Amerika juga adalah pengganas antarabangsa.

Ia memberi senjata dan perlindungan kepada Yahudi Israel mengganas di bumi Palestin. Ia menembak jatuh kepalterbang awam Iran, mengebom kilang susu Sudan. Kerana satu serangan terhadap kubu ekonomi dan kubu pertahanannya oleh orang-orang yang kerdil, sudah cukup bagi Amerika menggelabah dan meracau mencari orang yang bertanggungjawab.

Ia menuduh Osama dan Kerajaan Afghanistan dan menuduh orang-orang yang masih hidup merampas kapalterbang penumpang Amerika yang digunakan dan lalu mengancam untuk menyerang Afghanistan. Lalu beliau meramalkan masa bagi Amerika berkubur akan tiba bila ia menyerang Afghanistan, sebuah negara Islam yang rakyatnya miskin tetapi kuat beribadat. Dua kuasa besar dunia telah tersungkur di Afghanistan, katanya.

Pertama, tentera British yang menakluki India pernah menghantar 20,000 tentera ke Afghanistan. Rakyat Afghanistan telah membunuh mereka semua kecuali seorang pegawai perubatan yang dilepaskan pulang ke India untuk melaporkan kejadian itu kepada British. Kemudian tahun 70-an dan 80-an, Soviet Union dengan senjata canggih ditewaskan oleh rakyat Afghanistan yang hanya bersenjatakan pedang dan senapang usang. Mereka dapat merampas senjata moden jarak jauh Soviet dan menggunakannya untuk menyerang tentera Soviet.

Beliau menyamakan pakatan menyerang Afghanistan itu sama seperti pakatan tentera Ahzab yang disebut dalam Al-Quran. Dalam surah itu disebut betapa ramai orang Islam terbunuh, ramai yang akan terbunuh dan ramai juga yang menunggu giliran untuk dibunuh. Mereka itu adalah orang-orang yang tidak takut mati kerana Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com