Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MAIDAM agih RM2.4 juta untuk pendidikan

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengagihkan sebanyak RM2.4 juta untuk bantuan pelajaran kepada tidak kurang 2,000 pelajar dan 10 institusi pendidikan pelbagai aliran seluruh negeri sehingga September tahun ini. Penolong Setiausaha Zakat, Encik Mohd. Aidil Adha Tahir berkata, dari jumlah itu sebanyak RM740,950.00 kepada 309 pelajar dari aliran agama sebagai bantuan pembelajaran di luar negara tahun ini.

Katanya, MAIDAM juga memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM535,49.00 kepada kira-kira 1,000 pelajar pelbagai aliran termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah Kerajaan Persekutuan. Katanya, pelajar sekolah menengah mendapat RM 40.00 sebulan dan pelajar sekolah rendah mendapat RM30.00 sebulan dalam tempoh setahun. Beliau berkata demikian ketika dihubungi di pejabatnya baru-baru ini

Seramai 162 orang pelajar lagi menerima bantuan persekolahan sebanyak RM94,530.00 yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Haji Harun Taib di Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Islam Seri Iman di sini 24 September lalu.

Majlis itu juga memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat dan pondok berjumlah RM562,930.00, bantuan pendahuluan pelajaran sebanyak RM300.00 seorang kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi dalam negeri sehingga Jun lalu berjumlah RM250,000.00.

Katanya, seramai 76 orang pelajar yang tamat pengajian di universiti luar negeri menerima tiket kapal terbang berjumlah RM110,700.00. Mereka terdiri dari pelajar yang tamat pengajian di universiti di Pakistan, Yaman, Mesir, Jordan, Syria dan Indonesia yang tidak ditaja oleh mana-mana penaja biasiswa. "Ini termasuklah 64 orang pelajar Mesir, tiga orang pelajar Syria, lima orang pelajar Jordan, seorang pelajar Yaman dan tiga orang pelajar Indonesia," jelasnya.

Rata-rata pelajar ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri karana berusaha mengurangkan bebanan ibu bapa mereka semasa menuntut ilmu. Mohamad Hanif, 25, berkata, dengan adanya wang zakat yang diterima, beliau dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung. "Perbelanjaan untuk kapal terbang dapat saya gunakan untuk keperluan pembelajaran yang lain," jelasnya.

Sementara itu, pelajar Universiti Al Azhar, Nurfaezah Zahari, 26 pula menyifatkan pemberian zakat kepada pelajar-pelajar sebagai satu tindakan yang tepat kerana ianya merangsang pertumbuhan ilmu sekaligus melahirkan golongan cerdik pandai. Terdahulu itu, Haji Harun berucap di majlis penyampaian bantuan zakat kepada golongan fakir miskin di Dewan Auditorium, Kompleks Pendidikan Seri Iman.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhajaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato’ Haji Alwi Muhamad.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com