Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


ISA bukan punca negara harmoni

KUALA TERENGGANU: Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan bukan menjadi punca kepada keharmonian negara, kata Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia, Dr. Chandra Muzaffar. Beliau berkata, keharmonian negara yang wujud sejak sekian lama disebabkan oleh perpaduan wujud di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan budaya di negara ini. Tambahan pula, katanya keganasan kaum di negara ini adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan rakyat yang berbilang kaum di negara-negara lain termasuk negara maju.

"Malaysia lebih berjaya kerana kita dapat membendung keganasan kaum," katanya ketika berucap di Majlis Dialog Peradaban Antara Muslim Dan Non Muslim di Malaysia anjuran Yayasan Islam Terengganu (YIT) di Menara YIT, di sini, baru-baru ini.

Justeru itu, katanya, pemimpin negara ini tidak perlu mengikut cara dan nasihat daripada Barat bagi mewujudkan keharmonian kerana sejarah membuktikan bahawa Barat lebih buruk dari segi keganasan kaum. Beliau menambah, sistem perkongsian kuasa politik, ekonomi dan cara hidup dalam segenap bidang juga turut menyumbang kepada ketenteraman hidup rakyat di negara ini.

Hal itu, jarang didapati di negara lain termasuk negara maju yang meminggirkan kaum pribumi untuk menikmati kekayaan negara. "Tiada kaum diketepikan dalam kekayaan negara kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan negara sejak merdeka," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya berlaku adil kepada semua kaum di negara ini dalam semua perkara bagi merealisasikan keharmonian negara dan perpaduan rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com