Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Abd Hadi Cabar Mahathir

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad supaya membawa kes tuduhan liwat ke atas bekas timbalannya Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Syariah untuk membuktikan dakwaan kononnya Malaysia sebuah negara Islam.

Sambil menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara sekular beliau berkata, Dr. Mahathir boleh membawa kes itu ke mana-mana mahkamah syariah di negara ini sebagai percubaan pertama untuk membuktikan dakwaannya itu benar. "Kalau Malaysia sebuah negara Islam, saya mencabar supaya kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah syariah kerana beliau adalah seorang Islam dan menjadi hak kepada seorang Islam untuk dibicarakan kesnya mengikut hukum syariah.

"Itu sebagai satu ‘test’lah...bawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun tak apa...," katanya ketika ditemubual wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini 3 Oktober lepas. Mengulas tentang ciri-ciri negara Islam beliau berkata, sesebuah negara Islam itu mesti meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai hukum yang tertinggi dalam negara itu.

Katanya, sebagai contoh Rasulullah S.A.W. merealisasikan pembentukan negara Islam itu melalui Piagam Madinah yang jelas menyatakan al-Quran dan Sunnah (Allah dan Rasul-Nya) sebagai hukum tertinggi dan tempat rujukan. "Hukum yang tertinggi di dalam piagam Madinah ialah al-Quran dan hadith Nabi S.A.W., mana-mana yang bercanggah dengan kedua-duanya hendaklah dibatalkan," jelas beliau.

Katanya, program negara Islam itu dilaksanakan dalam masya karat majmuk (berbilang kaum dan budaya) lebih 1,300 tahun lalu dengan menghasilkan kejayaan mewujudkan tamaddun Islam yang menjadi asas tamaddun dunia moden hari ini. Bagaimanapun katanya, apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) hari ini bercanggah dengan prinsip negara Islam yang ditetapkan al-Quran dan As-Sunnah.

Menyentuh dakwaan kononnya Malaysia sebuah negara Islam dirujuk kepada kenyataan al-Mawardi dalam kitabnya beliau berkata, hujah itu hanya berani dikemukakan kepada orang yang buta bahasa Arab sahaja tidak sebaliknya. Katanya, al-Mawardi menegaskan di dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultoniyyah bahawa khilafah (negara Islam) berlandaskan kepada menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama.

Lagipun Katanya, tiga orang Perdana Menteri yang lalu termasuk al-Marhum Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn telah membuat kenyataan bahawa negara ini adalah negara sekular bukan ‘Islamic State’. Menurut beliau enakmen yang diamalkan di setiap negeri masih lagi mengikut apa yang digubal di zaman penjajah dan masih banyak yang tidak dipinda.

"Bahkan di sana ada peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan enakmen negeri termasuk yang berkait dengan agama Islam tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia," katanya. Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Ried itu membuat sedikit perubahan dan kedudukannya pula bersifat lebih tinggi daripada hukum Islam. "Bahkan kedudukan enakmen di negeri-negeri tidak lebih daripada 3,5,6 iaitulah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali rotan, tidak lebih daripada itu," jelasnya.

Perlembagaan Persekutuan pula tidak menetapkan ketua kerajaan (Perdana Menteri) mesti menganut agama Islam, jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com