Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Projek Lebuhraya Jabor–Pasir Putih diteruskan

SETIU: Kerajaan Negeri sedang memproses pelaksanaan Lebuhraya yang membelah Terengganu dari Jabor di sempadan Pahang hingga ke Pasir Putih di sempatan Kelantan sebagai usaha merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi negeri ini. Lebuhraya bertol yang diselenggarakan oleh syarikat swasta bukan sekadar mengenakan tol yang rendah dibandingkan dengan tol yang dikenakan di lebuhraya persekutuan tetapi kerajaan Negeri Terengganu akan mendapat bahagiannya dalam projek tersebut. Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali, mengumumkan dalam satu dailog dengan rakyat daerah Setiu di sini awal Oktober ini. Dato’ Haji Mustafa berkata, yang melambatkan pembinaan lebuhraya itu, ialah pengambilan tanah terpaksa melalui banyak proses tetapi prosesnya sudahpun bermula.

Pengumuman tentang rancangan lebuhraya itu telah lama dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Penjelasan Dato’ Mustafa itu sebagai menenangkan kebimbangan orang ramai terhadap kedudukan projek tersebut.

Dato’ Haji Mustafa berkata, kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk melaksanakan projek itu. Bagaimanapun kerajaan perlu menyediakan tanah. Lebuhraya itu adalah berlainan dengan lebuhraya yang dirancang oleh Kerajaan Pusat yang akan dibina dari Jabor hingga ke Chendering, Kuala Terengganu sahaja.

Untuk projek berkenaan berjalan dengan lancar Kerajaan Negeri mengenakan syarat kepada Kemeterian Kerjaraya supaya menyediakan tapak dan prasarana kepada penempatan baru orang-orang yang dipindahkan apabila tanah mereka diambil.

Orang-orang yang tanahnya akan diambil, bimbang pampasan tanah nanti tidak cukup untuk membina rumah baru. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mahu membebankan rakyat apabila kerajaan membangunkan negara. Bagi meringankan bebanan rakyat, Kerajaan Negeri mahu tapak dan prasarana penempatan baru disediakan.

Dato Haji Mustafa berkata, Dato Seri Samy Vellu berjanji untuk mengemukakan syarat itu ke kabinet, tetapi sehingga ini tidak ada sebarang maklumat. Terengganu dijangka akan lebih membangun apabila lebuhraya itu siap. Pekan-pekan dan kawasan perumahan baru akan dibangunkan di sebelah menyebelah lebuh raya iu nanti.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com