Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Saman royalti minyak dibicara Januari 2002

SETIU: Saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan pusat dan Petronas mengenai rompakan ke atas royalty minyak dijangka akan dibicarakan dalam bulan Januari 2002 dan akan dihakimi oleh Hakim Zakaria Ariffin. Demikian Dato’ Haji Mustafa Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia kerajaan Terengganu memberi tahu satu majlis dailog dengan penduduk daerah Setiu di sini baru-baru ini.

Dailog yang anjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu itu dipenuhi oleh orang ramai hingga ada yang terpaksa berdiri di luar dewan. Orang ramai mahu tahu bila kes itu akan dibicarakan dan apakah harapan untuk menang. Dato’ Mustapa berkata, maklumat telah diperolehi bahawa mungkin ia akan diadakan dalam bulan Januari nanti iaitu empat bulan lagi.

Pada mulanya mahkamah telah menetap supaya kes itu akan didengar oleh hakim Ariffin Jaka, tetapi kerajaan Terengganu tidak bersetuju. Sekarang mahkamah sudah menetapkan hakim barunya ialah Zakaria Ariffin dan kerajaan Terengganu tidak membantah. Beliau menjelaskan, kita mempunyai hujah yang cukup kuat dan jelas untuk memenangi kes itu. Tetapi terserahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menentukannya.

Dato’ Haji Mustapa kemudian mengajak rakyat Terengganu sama-sama berdoa supaya royalti minyak itu dipulangkan semula kepada negeri Terengganu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com