Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


NEGARA ISLAM : SEBUT SEMULA KES D.S.A.I

Mahathir sudah mengistiharkan Negara Malaysia ialah negara Islam. Sesuai dengan inspirasi dan kehendak negara Islam, kes tuduhan liwat dan zina mesti disebut di Mahkamah Syariah dan Hakimnya pula mestilah yang arif pasal hukum hakam Islam.

Justeru itu, perbicaraan ke atas DSAI khasnya mesti disebut semula di Mahkamah Syariah. Hakimnya bukan lagi orang seperti Augustine Paul. Saksi-saksi juga bukan boleh datang berbogel - tak tutup aurat. Orang seperti Ummi Hafilda dan sekonspirasi dengannya kena datang ke Mahkamah Syariah dengan memenuhi peraturan khalwat. Jangan pakai fatwa dan pendapat Astora Jabat pasai aurat ini, ikut peraturan Mahkamah.

Di samping itu juga, Mahathir yang menyebut dengan terang dan jelas mengenai semua tuduhan ke atas DSAI oleh itu beliau WAJIB dipanggil sebagai saksi atau dia perlu menyediakan 4 saksi yang memenuhi syarat dalam syariat Islam. Saksinya pula tak boleh orang seperti Hamid Othman kerana ketika dia bertanggung jawab ke atas Tabung Haji, wang tabung tersebut hilang hampir 10 juta RM. Orang seperti ulamak yang berlakun dalam DEBAT UMNO-PAS anjuran Mahathir juga tak cukup syarat untuk jadi saksi Mahathir kerana mereka berlakun saja dalam soal agama.

Inilah Negara Islam, undang-undang tertingginya ialah berasaskan Islam.

Jika nak bergantung kepada Bank Islam syarat Negara Islam, maka samalah tarafnya dengan Thailand, oleh sebab nak berniaga dengan Negara Arab, maka Bank Islam ditubuhkan di Thailand demi memenuhi syarat itu.

Cukuplah Mahathir!, orang yang menyokong UMNO(baru) pun bukan mendapat kesenangan dari pengumuman itu, kerana masih ada penyokong UMNO(baru) yang cerdik pandai, kerana pengumuman Mahathir buat itu menyebabkan mereka yang jenis cerdik pandai akan merasa susah hati, kerana pengumuman tersebut menunjukkan menonjolkan ketololan Pemimpin Tertinggi Negara.

Maka, buka semula kes DSAI di Mahkamah Syariah!!!!!!!!!!!!!!

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com