Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO(baru) : Tak Reti Patriotik

Sikap media konkongan UMNO(baru) mutaakhir ini menonjol sikap betapa mereka tak reti erti Patriotik. Sikap mendengar cakap orang yang dibuang dari Kerajaan Afghanistan demi menjaga segelintir konspirator dalam Negara adalah menunjukkan sikap sebenar UMNO(baru). Taleban menjadi Kerajaan di Afghanistan, maka sebarang bentuk yang cuba menjatuhkan mereka bolehlah dianggap sebagai kuasa asing dan pembangkang yang terang bergantung kepada kuasa asing adalah tidak patriotik.

Itulah lebih bentuk kempen yang dilakukan oleh Mahathir di Malaysia. Tetapi media@UMNO(baru) semacam tidak faham erti patriotik apabila bersikap membenci Taleban. Jika UMNO(baru) merasa sebarang bentuk yang kononnya boleh mengugat mereka di anggap sebagai penjajahan baru@kuasa asing, maka atas teknik yang samalah juga sepatutnya digunakan menangani isu Afghanistan. Jika media@UMNO(baru) sentiasa kaitkan dan menggambarkan betapa buruknya kononnya pembangkang bersengkongkol dengan kuasa asing, maka atas konsep yang jugalah pembangkang di Afghanistan. Sebaliknya, sikap media@UMNO(baru) amat berlainan dengan apa yang dihebahkan sebelum ini.

Adakah ini menunjukkan sikap kedurjanaan dan kemunafikan saja?.

Orang/pihak/kumpulan yang bermaruah tidak akan melakukan perkara tonggang terbalik seperti ini. Dari kempen patriotik yang dilakukan oleh media@UMNO(baru) dapatlah dikatakan bahawa media@UMNO(baru) juga adalah kuasa asing yang jahat terhadap Afghanistan. Sikap media@UMNO(baru) seperti yang dilakukan sekarang ini walaupun dalam masa pendek mungkin ia boleh menyelamatkan segelintir konspirator dan penyangak yang berkuasa, dalam masa panjang ia boleh memudaratkan negara.

Mahathir sendiri pernah sebut, Kerajaan yang dibina atas rusuhan akan menyebabkan pihak lain juga akan merusuh dan SBnya dalam soal siasat pernah menyatakan jika pembangkang berjaya memerintah negara, maka mereka mempunyai cukup latihan untuk merusuh. Ini menunjukkan sikap dendam dan atas faham inilah juga pihak luar khasnya Afghanistan akan merasai apa yang media@UMNO(baru) sebut fasal mereka.

Sikap media@UMNO(baru) adalah bukan lagi double standard, tetapi multistandard. Mungkin melalui sikap munafik ini akan menyenangkan Amerika dan menyebabkan Bush-Mahathir berbaik semula, tetapi bagaimana dengan kempen sejak bertahun-tahun dilakukan untuk membenci Amerika?... paling tidak orang yang merasa terhina dengan situasi terbaru ini ialah Ibrahim Ali bersama rakan budak sekolahnya yang berdemo di depan kedutaan Amerika, begitu juga Pemuda UMNO(baru) akan merasa malu pada diri sendiri, Mahathir dan konspiratornya tidak mungkin begitu kerana mereka tidak ada malu..

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com