Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Chua Jui Meng : Ling Liong Sik lain dari Mahathir?

Penulis tertarik dengan kenyataan Chua Jui Meng mengenai Ling Liong Sik lain dari Mahathir kerana Mahathir dengar kata "orang bawah". Kenyataan Chua itu boleh dikatakan sebagai memperli Mahathir;

Sebabnya;

1). Apa yang berlaku kepada Mahathir hari ini (imej buruk) kerana dia dengar kata-kata orang yang jauh berada di bawahnya, sebaliknya orang di bawah yang dekat dengannya tidak didengarnya, bahkan dikatanya pula "nak menjatuhkannya pula". Yang dimaksudkan dengan orang yang jauh berada di bawahnya ialah umpama Ummi Hafilda, Azizan dan Khalid Jefri, dan yang dimaksudkan orang yang dekat di bawahnya ialah DSAI. Berdasarkan analogi ini, maksud Chua itu ialah Mahathir sama dengan Ling.

2). Mahathir melantik beberapa "orang bawah" dalam UMNO(baru) untuk memegang jawatan utama di dalam kabinet. Umpamanya Tan Sri Musa Mohamad, Aziz Shamsuddin, Zainuddin Maidin dan beberapa orang yang sekelompok dengannya. Mereka yang disebutkan terdiri dari orang bawah berbanding dengan orang lain yang memenangi kerusi Parlimen dalam Pilihanraya lalu. Perlantikan yang dibuat itu "menunjukkan" Mahathir bersedia untuk "mendengar kata" orang bawah. Padahal Mahathir bukannya "mendengar" kata mereka itu, tetapi mereka itulah yang mendengar kata Mahathir kerana semua yang dilakukan oleh mereka itu ialah demi mempertahankan kedurjanaan Mahathir saja. Hasil terbaru betapa mereka ini mendengar kata Mahathir dan bukannya berkata kepada Mahathir ialah "aku janji" dan "pemantauan" anti Kerajaan.

Kalau Chua nak tahu, format inilah digunakan oleh Ling dan Mahathir pun samalah juga dengan Ling.

3). Lembaga Disiplin UMNO(baru)(LDU) pun bolehlah dianggap sebagai "orang bawah" yang berkuasa menegur "orang atas". Tetapi setakat ini tindakan yang dilakukan oleh "orang bawah"- YB. Fauzi Abd.Rahman untuk membenteras rasuah di Negeri Pahang dengan menamakan Khalil Yaakub sebagai perasuah akhirnya entah ke mana, dan yang kena ialah orang lain suku-sakat. LDU telah menggumumkan orang lain membuat lapuran rasuah yang bersalah. "Orang bawah" yang menegur UMNO(baru) itu nampaknya dianggap oleh "orang atas" sebagai menggugat kedudukkannya. Akhirnya yang kena ialah "orang bawah" juga. Dan syarat supaya "orang atas" dengar "orang bawah" ialah apabila "orang atas" dan "orang bawah" adalah sekroni. Jika tidak, Chua pun akan disingkir juga kerana inilah pun era corak kepimpinan melalui Tauladan ciptaan Mahathir.

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com