Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


IMEJ ISLAM ROSAK ! : SIKAP UMNO(baru) dan AMERIKA SERUPA

Mutaakhir ini sikap Amerika semakin jelas anti Islam dan melabelkan Islam adalah pengganas. Ini bukan perkara baru dan tidak pelik sedikitpun. Tetapi yang lebih pelik lagi ialah UMNO(baru) melalui segelintir pemimpin konspirator menangkap ramai orang yang berpendidikan Islam lalu melabelkan mereka ini keganasan sambil mengaitkannya dengan Taleban dan yang mendapat Ilmu Islam di Asia Barat. Dalam kontek melabelkan Islam sebagai pengganas ini sikap UMNO(baru) dan Amerika adalah serupa. Walaupun dalam masa yang sama, UMNO(baru) menyatakan mereka penganjur Islam yang tidak ada imej keganasan.

Ini menunjukkan UMNO(baru) juga adalah perosak imej Islam, DAP tidak menganggap UMNO(baru) sebagai Islam dan kalau dia beranggapan sedemikiannya pun, Islam UMNO(baru) adalah lebih disukainya. Pada UMNO(baru), imej Islam dilihatnya ialah dari perspektif bukan Islam dan bukanya dari perspektif Islam itu sendiri. Sebab itulah Amerika lebih suka Islam UMNO(baru) kerana Islam UMNO(baru) melabelkan orang Islam lain sebagai pengganas.

Tangkapan ke dalam ISA yang dilakukan oleh Polis di bawah kongkongan konspirator Mahathir ke atas orang lain yang berimejkan Islam dengan sendirinya menunjukkan UMNO(baru) itulah perosak imej Islam seperti juga Amerika. Tindakan ISA sebenarnya serupa saja dengan Amerika mengebom Afghanistan. Jika UMNO(baru) melalui pemimpin kelas satunya mengatakan peperangan ialah bukan caranya, maka ISA juga bukanlah cara. Jika UMNO(baru) beranggapan akan ada lagi balas dendam dan keganasan akan berterusan, maka dengan mengISAkan juga akan menghasilkan balas dendam yang berpanjangan dan berterusan.

Tak keterlaluan jika dikatakan UMNO(baru) ialah umpama kata "paku dulang paku serpih"-"kata orang dia lebih" atau peribahasa baru, "anak ketam ajar bapaknya berjalan betul". Persoalannya ialah adakah dengan cara Amerika membenteras pengganas ini akan menaikan imej Islam?. dan atas persoalan yang sama adakah dengan UMNO(baru) mengenakan ISA itu imej Islam sebagai pengganas akan hilang?.........Bahkan sebenarnya kedua-duanya adalah menjejaskan lagi imej Islam.

ISA juga adalah fitnah kepada Islam dan jika banyak negara menyatakan menentang Amerika ialah Jihad, maka menentang ISA juga adalah jihad dan jihad pula adalah "sesuatu" yang paling ditakuti oleh musuh Islam.

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com