Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERTEMUAN DUA BAPAK PENGGANAS

Nampaknya, usaha Mahathir menjadi mudah untuk bertemu penjajah Amerika Syarikat sejak serangan ke atas WTC dan Pentagon. Usaha itu menjadi semakin mudah kerana Mahathir menggunakan ISA untuk memerangi apa yang dikatanya sebagai pengganas. Ingatkan Mahathir akan mati dengan sikapnya membenci Amerika, tetapi mutaakhir ini sikapnya mula berubah, rakyat menjadi semakin keliru dengan bingung dengan sikap seperti yang ditayangkan oleh Mahathir ini.

Kempen membenci Amerika yang dilakukan selama ini semakin terbukti bertujuan mengabui dan membodoh-bodohkan rakyat, khasnya pendokong UMNO(baru). Ada setengah pendokongnya memang sanggup dan seronok bila ditipu sebegitu. Usaha menyedarkan rakyat supaya jangan biarkan diri terus ditipu yang dilakukan oleh pembangkang dikatanya sebagai menentang kerajaan dan pengganas, inilah satu jenis sikap manusia yang pelik yang diciptakan Tuhan.

Orang UMNO(baru) nampaknya sangat mudah diturnover, bila media@UMNO(baru) memburukkan Taleban dengan mengaitkannya dengan PAS, maka mereka juga pun begitu. Padahal kempen membenci Amerika masih dalam panas-panas lagi. Memang betullah Mahathir kata melayu(UMNO(baru)) mudah lupa, dan orang yang mudah lupa adalah orang yang bodoh. Orang yang melupai kempem membenci Amerika ialah orang yang bodoh.

Orang-orang kampung perlu diberitahu akan pertemuan antara Mahathir - Bush. Ini menunjukkan betapa apa yang dikatakan sebelum mengenai Amerika adalah bohong dan bertujuan mempertahankan kedurjanaan semata-mata. Jika pembangkang bertemu dengan pembesar dan pegawai kerajaan Amerika dikatanya sebagai pengkhianat!, maka apakah status pertemuan Mahathir-Bush yang akan berlangsung tak lama lagi?...Adakah Mahathir juga pengkhianat?....Mana perginya orang UMNO(baru) yang patriotik dan anti penjajahan asing?.

Adakah Mahathir nak ajar Bush fikir supaya tarik balik kezaliman yang dilakukan oleh Amerika ke atas negara lain yang tak disukainya? atau ajar supaya berbaik-baik dengan lain supaya orang lain tidak jahat kepada kita?............atau nak ajar Bush supaya hambat Israel keluar dari Palestine?. Itu saja yang terbaik untuk untuk dilakukan oleh seorang Pemimpin Besar Negara Islam yang baru di istiharkan. Semoga Mahathir boleh ajar Bush mengenai semua yang disebut di atas dan akan menarik minat Bush untuk mengarahkan pelabur negaranya datang ke Malaysia sebab DAP pun telah menyatakan mereka lebih suka Islam UMNO(baru) berbanding Islam itu sendiri. Oleh itu, diharap Bush pun suka dengan Islam UMNO(baru).

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com