Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


BELANJAWAN : KELAKUAN PAK PANDIR TIMBUL SEMULA

Sejak UMNO(baru) dicengkam oleh sekumpulan konspirator pendurjana, kelakuan mempertahankan kedurjanaan ala pak pandir tidak dapat dielakkan. Banyak alasan-alasan, kempen-kempen ala pak pandir digunakan. Kenaikan harga minyak (asas kepada kenaikan harga barangan lain) sering dibuat dengan menggunakan alasan pak pandir. Oleh itu, orang yang seperti pak pandir sahaja yang suka dan bersetuju dengan alasan tersebut.

Alasan yang digunakan ialah harga minyak di Malaysia jauh lebih rendah dari negara lain dan kerajaan memberi subsidi terhadap harga minyak bolehlah dikelaskan sebagai alasan pak pandir kerana pak pandir menggunakan teknik yang serupa untuk menghiburkan mak andih yang kematian anak. Kata pak pandir, bukan anak kita saja yang mati, anak orang lain pun mati jugak. Falsafahnya adalah serupa dengan Kerajaan yang dipimpim pendurjana memberikan alasan apabila menaikan harga minyak.

Pendurjana lebih suka melihat PETRONAS menaja "orang luar" dalam industri pentandingan motor dan kereta lumba dari mempertahankan harga minyak. Menaja dalam industri perlumbaan menggunakan jumlah wang yang banyak. Walau bagaimana pun, menaja tidak menjadi kesalahan selagi rakyat tidak dibebankan. Tetapi, apabila rakyat dibebankan, penajaan yang sebegitu besar dalam industri yang hanya menyenangkan pendurjana adalah satu perbuatan yang semakin durjana.

Setakat ini, kerajaan di bawah kepimpinan pendurjana gagal mempertahankan harga barangan lain apabila harga minyak dinaikan. Lagi pun, peniaga barangan lain mempunyai alasan yang amat kukuh untuk menaikan harga barangan mereka. Dalam kontek ini, pendurjana tidak mengambil kepentingan umum sebagai alasan menaikan harga minyak. PETRONAS menggunakan wangnya untuk bermewah-mewah demi menepati nafsu pendurjana, yang menanggungnya ialah rakyat termasuklah rakyat yang menyokong falsafah pak pandir.

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com