Mendera dan mencedera teruna tanda cinta

BIBIT percintaan tidak semuanya manis bagi pemuda di Pulau Vakuta, Papua New Guinea. Ini kerana budaya masyarakat di situ mewajibkan setiap pemuda harus didera dulu oleh si gadis.

Sudah lumrah gadis di sana mencederakan lelaki yang menjadi pilihan hidup mereka dalam satu upacara khas.

Melalui upacara itu, sekumpulan lelaki akan berjalan sambil bernyanyi di kawasan lapang di kampung mereka dan kemudian diejek oleh gadis-gadis yang berada di situ.

Upacara itu bertukar ganas apabila gadis-gadis berkenaan mula menyerang pemuda pilihan mereka dengan buluh tajam atau kulit kerang hingga tubuh mereka luka.

Pemuda-pemuda terbabit sudah sedia maklum bahawa serangan itu lebih menjurus kepada rasa terpikat si gadis kepada mereka dan keinginan seks.

Tahap keinginan memiliki pemuda atau seks si gadis juga diukur sejauh mana kekerapan dia menyerang pemuda berkenaan.

Bagi si gadis, serangan itu turut menggambarkan rasa geram mereka terhadap kekacakan pemuda pilihan.

Bagi pemuda pula, lebih banyak luka yang dialaminya mencerminkan dia lebih seksi daripada rakan-rakannya.

Bagaimapun, si pemuda menerima habuan mereka pada malam yang sama apabila disatukan sebagai suami isteri.



................................
28 Januari 2002




:: Arkib Ada-ada Aje ::