REZEKI DARIPADA ALLAH

Khawas berkata, "Satu ketika sedang aku berjalan disuatu tempat yang terpencil, aku telah menemui seorang kafir yang memakai tali pinggang (tali pinggang ini dipakai oleh seorang kafir sebagai simbol). Beliau merayu untuk duduk bersama denganku. Di mana kebiasaannya orang kafir yang fakir sering tinggal bersama orang-orang Islam yang soleh. Aku membenarkannya untuk menemaniku. Selama tujuh hari kami berjalan bersama-sama tanpa makan dan minum. Pada hari yang ketujuh, beliau berkata kepadaku, "O! Pengikut Muhammad S.A.W. tunjukkan kepadaku beberapa keajaiban". Setelah tujuh hari berlalu dan kami tidak mempunyai sesuatu pun untuk dimakan, aku pun berdoa kepada Allah, "Ya Allah! Janganlah biarkan aku terhina di depan si kafir ini."

Sejurus kemudian, satu dulang penuh tiba-tiba muncul di hadapan kami yang mengandungi roti, daging panggang, buah tamar segar dan satu jag air. Kami makan dan minum untuk selama tujuh hari. Pada hari yang ketujuh aku rasa takut jikaulau ia meminta keajaiban sekali lagi. Sebaliknya aku pula yang berkata kepada orang kafir itu, "Sekarang giliran kamu untuk menunjukkan sesuatu kepadaku." Beliau bersandar pada tongkatnya dan mula berdoa. Setelah itu, terdapat dua dulang dihadapan kami di mana isinya dua kali ganda lebih daripada mula-mula tadi. Aku rasa malu dan mukaku menjadi pucat lantaran sedemikian aku keberatan untuk makan."

Temanku itu mendesak supaya aku makan tetapi aku masih menolak, beliau berkata, "Makanlah! kerana aku akan memberitahu kamu dua perkara penting. Pertama: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku telah memeluk agama Islam." Sejurus sahaja berkata sedemikian beliau pun mencabut talipinggang yang dipakainya lalu dicampakkannya.

Berita yang kedua adalah dua dulang makanan ini datang disebabkan doa yang berikut: "Oh! Allah, sekiranya pengikut Muhammad S.A.W. ini mempunyai kedudukan mulia di sisimu, dengan sedemikian dengan kewujudan beliau berilah akau makan." Kerana doa yang sedemikianlah makanan ini telah diberi dan aku memeluk Islam."

Kemudian kami pun terus makan dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke Mekah. Kami mengerjakan haji, setelah mengerjakan haji beliau memilih untuk tinggal di Mekah. Di sana beliau meninggal dunia. Moga-moga Allah s.w.t. mengampunkan dosanya.

Terdapat banyak kisah di dalam lipatan sejarah bagimana orang-orang kafir telah memeluk agama Islam dengan cara yang sama. Kisah ini juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. kerap memberi rezeki kepada sesetengah orang disebabkan orang-orang selain mereka. Orang-orang yang menerima rezeki tersebut mungkin secara bodah mempercayai bahawa mereka dikurniakan rezeki tersebut disebabkan kerja kuat mereka.

Kisah ini juga menunjukkan bahawa Allah s.w.t. mengurniakan beberapa keajaiban kepada orang-orang kafir disebabkan orang-orang Islam., walaupun pada zahirnya ia seolah-olah berlaku disebabkan orang-orang kafir tersebut. Hakikatnya, ianya akan berlaku disebabkan adanya orang-orang Islam.

......................................................................................................
[Rujukkan : Panduan Mencari Nafkah HidupYang Diberkati,
ditulis oleh Sheikh Muhammad Zakariyya]



Jumlah Pelawat :
Counter
Mulai 25 Januari 2001


Tranung Kite Cyberlink