Chechnya, Urutan peristiwa sepanjang Disember

Tanda-Tanda Kekalahan Russia Semakin Kelihatan

Pada hujung minggu ini, kira-kira 600 kereta perisai Russia berundur daripada kawasan berkeluasan dari kawasan pergunungan sehingga ke kampung Yelkh-Mokhk. Ini menunjukkan yang tentera Russia sedar yang kereta-kereta perisainya tidak upaya dan kurang berkesan menahan serangan, selepas kebanyakkan daripadanya musnah dalam serang hendap yang dilakukan oleh Mujahideen.

Kemusnahan Pasar Grozny Adalah Serangan Membalas Dendam

Pada beberapa hari lepas, Qoqaz.net memberitakan yang Russia telah merompak dan memusnahkan pasar Grozny, menggunakan kereta perisai dalam mencapai tujuan mereka. Serangan itu telah diberitakan sebagai cubaan Russia untuk membalas dendam atas kematian ramai pegawai-pegawai dan askar-askarnya yang telah dibunuh dalam pasar itu. Askar Russia telah menutup jalan-jalan menuju ke Grozny dan memastikan tiada lagi ancaman pada jalan-jalan di dalam Grozny. Mereka juga telah meningkatkan kadar keselamatan dan perlindungan bagi pegawai-pegawai mereka, terutama sekali di dalam pasar dan di jalan-jalan raya.

Russia Cuba Menipu Orang Awam

Unit-unit Rusia yang dibantu pegawai-pegawai perisik mereka, menanam periuk api pada sebilangan jalan-jalan awam, dan kemudian menuduh tindakan itu dilakukan oleh Mujahideen. Mereka kemudian mengumpul orang-orang awam, dalam masa yang sama mereka dengan 'selamat'nya meletupkan periuk api yang telah ditanam. Tetapi usaha gigih mereka gagal, apabila orang-orang awam yang berkumpul sedar akan penipuan ke atas mereka, dan memaksa Russia meninggalkan Chechnya.

Hadiah Tiga Juta Dollar untuk Membunuh Komander Mujahideen

Kerajaan Russia telah mengumumkan hadiah tiga juta dollar kepada sesiapa yang membunuh Komander Mujahideen, terutama sekali Shamil Basayev dan Ibn-il-Khattab. Kerajaan Russia sampai ke tahap menayangkan duit itu di Kem Russia di Grozny, bagi membuktikan kepada askar-askarnya dan pengkhianat-pengkhianat yang hadiah tersebut adalan betul dan akan diberikan kepada penbunuh secepat mungkin.

Ringkasan Operasi-Operasi yang Baru Berlaku

Komander Abu Thar mengetuai unitnya dalam serang hendap yang berjaya dilakukan di kampung Redul-Shali. Dengan rahmat Allah, mereka meletupkan satu kenderaan pengangkut URAL, membunuh dan mencederakan sejumlah 15 askar Russia. Dalam masa yang sama, di Neger-Yurt, Komander Aslam-Bek mengetuai unitnya dalam operasi yang sama di mana satu lagi kenderaan pengankut URAL diletupkan. Sejumlah askar Russia yang tidak dapat dipastikan bilangannya telah terbunuh dan cedera

Dakwaan Russia Berterusan, dan Komander Arasanov Menafikan Rundingan Dengan Russia

Kerajaan Russia meneruskan dakwaannya yang mereka sedang berunding dengan Komander Chechnya, dengan tanpa bukti mendakwa salah seorang daripada Komander ini adalah Wakha Arsanov. Tetapi, Komander Arsanov, ahli kepada Majlis Tertinggi Tentera Mujahideen, dengan tegas menyangkal dakwaan-dakwaan itu, dengan mengatakan rundingan dengan Russia sudah lari daripada persoalan sebenar, dan tidak sekali-kali akan dipertimbangkan. Jurucakap kepada MTTM menegaskan bahawa ahlinya adalah 100% bersetuju dan bersatu untuk tidak mengadakan rundingan dengan Russia. Majlis Tertinggi sememangnya sedar dakwaan-dakwaan yang lemah ini ditimbulkan oleh keinginan Russia untuk menyembunyikan kekurangan-kekurangannya seperti tiada keberkesanan, ketidakupayaan dan tiada kekuatan.

Penjahat-Penjahat Russia Merompak Pasar Grozny

Askar-askar Russia, yang sepatutnya menjaga keamanan di Grozny, melancarkan satu operasi 'rompakan dan pemusnahan' di pasar ibu negara Chechnya dengan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. Operasi itu, bukanlah yang pertama bagi operasi seumpamanya, dengan menyebabkan kecurian dan kemusnahan hampir kesemua barang makanan, selimut, pakaian, dan barang-barang keperluan lain, yang mana orang-orang Chechnya lelaki dan perempuan memikul di atas belakang mereka untuk dibawa ke pasar Grozny, untuk dijual. Kecurian, rompakan bersenjata dan merampas adalah rutin harian tentera Russia. Ini seolah-olah menunjukkan, dengan menakut-nakutkan penduduk Chechnya adalah salah satu arahan perang dan tujuan peperangan mereka, terutamanya apabila mengambilkira yang tidak ada satu pun bandar, pekan dan kampung di Chechnya yang tidak dirompak pada satu-satu masa.

Terdapat lebih daripada satu sebab bagi rompakan-rompakan ini:

1-Tenteran Russia sedang berada dalam keadaan kesempitan ekonomi dan kewangan, yang begitu teruk, yang mana askar tidak lagi mendapat bayaran gaji mereka, dan kurang atau tiada langsung bekalan makanan. Mereka masih lagi tidak menerima keperluan-keperluan musim sejuk mereka. Ini bermakna askar-askar tersebut tidak dapat mencari jalan untuk hidup kecuali dengan merompak orang-orang awam yang tidak bersalah.

2-Pemerintah Russia bergantung pada rompakan-rompakan ini untuk menyembunyikan kekurangan dalam perbelanjaan mereka. Dalam satu-satu keadaan arahan dikeluarkan kepada askar-askar yang mana mereka akan dapat memenuhi keperluan mereka dengan mencuri barang-barang orang awam.

3-Sudah pasti rompakan-rompakan itu adalah taktik untuk menakut-nakutkan orang awam, dalam usaha untuk menaikkan semangat mereka, dan untuk memberi satu perasaan kemenangan yang palsu kepada askar-askar mereka yang sudah tiada semangat langsung. Dalam perkataan lain, Russia melihat ketidakadilan itu adalah sebagai ganti rugi kemusnahan askar-askarnya pada tangan Mujahideen.

4-Insha-Allah rompakan-rompakan tersebut, boleh dianggap sebagai petunjuk yang peperangan ini sudah sampai ke penghujungnya, di mana askar-askar Russia tidak dapat mencari apa-apa lagi untuk dirompak dan dibawa pulang.

Operasi Ketenteraan Bertambah Meluas

Unit Komander Ramadan telah menyerang hendap satu pasukan elit Russia di Grozny, dengan meletupkan satu BTR. Kesemua askar di dalamnya mati terbakar. Operasi-operasi lain sedang berlangsung di serata Chechnya dalam bentuk serang hendap, letupan dan pembunuhan. Tiada satu hari yang berlalu tanpa ada peningkatan dalam kemalangan jiwa di kalangan askar Russia.

PERUTUSAN DARIPADA MUJAHIDEEN CHECHNYA

Wahai orang-orang Muslim, doa-doa anda adalah hak kami! Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan kejayaan, dan Allah senantiasa bersedia menerima doa-doa pada bulan yang dirahmati ini. Kami di Chechnya ada hak atas anda, supaya anda mengkhaskan dan menujukan sebahagian doa-doa anda kepada kami.Kami meminta agar anda tidak melupakan kami dalam doa-doa, dan tanpa rasa jemu meminta kepada Allah untuk mengurniakan kemenangan kepada kami, dalam menentang tentera Russia. Pohonlah kepada Allah supaya kami tetap kukuh atas pendirian, dan mengurniakan kami kesabaran dalam menentang orang-orang atheist ini. Kami memohon agar Allah menerima kesemua doa-doa anda dan kami memohon kepada Allah agar membalas perbuatan-perbuatan baik anda-Allah lah yang senantiasa dekat dengan makhluknya dan Maha Mendengar.

Operasi Ketenteraan Diteruskan

Di Grozny, satu unit tentera Mujahideen telah menggunakan pelbagai peluru tembakan untuk memusnahkan satu URAL dan satu kenderaan pengangkutan Russia KAMAZ. Kedua-dua kenderaan meletup dan musnah keseluruhannya sehingga orang-orang yang menaiki kenderaan-kenderaan tersebut tidak dapat melepaskan diri. Bilangan askar Russia yang mati tidak dapat dipastikann

Juga di Bandar Grozny, satu unit tentera Mujahideen telah menyerang hendap dan memusnahkan satu BTR yang menggunakan peluru anti-tank (untuk memusnahkan kereta kebal), kemudian membunuh kesemua askar Russia yang cuba melepaskan diri dengan senapang automatik. Kesemua dua belas askar Russia telah dibunuh.

Di Gudermes, satu unit tentera Mujahideen telah memasang sebuah periuk api antipersonnel di tengah jalan menuju ke sebuah pasar. Periuk api tersebut kemudian diletupkan semasa sekumpulan askar Russia sedang melalui jalan itu untuk ke pasar. Bilangan askar Russia yang mati dan cedera ditak dapat dipastikan.

Di Argun, satu unit Mujahideen menyerang sebuah kereta api milik tentera Russia dan berjaya membunuh tujuh orang askar Russia. Sementara di sebuah kawasan dekat dengan Ingushetia, satu unit Mujahideen telah menggunakan sejenis periuk api kawalan jauh untuk meletupkan sebuah kereta kebal tentera Russia yang sedang melintasi kawasan di antara Ingushetia dan sebuah kampung bernama Gekhi dan berjaya membunuh dan mencederakan penumpang kereta kebal tersebut. Bilangannya tidak dapat dipastikan.

Pengecut-pengecut Russia Membunuh Orang Awam Dengan Menggunakan Kenderaan Berperisai

Berdekatan kampung bernama Gerzel sepanjang perbatasan dengan Dagestan, satu unit tentera Russia yang pengecut telah menggunakan sebuah BTR untuk melanggar dan menindih sebuah bas awam, menghimpitnya dan membunuh kesemua ahli penumpang yang terdiri daripada orang awam. Ini bukan kali pertama pengecut-pengecut itu menggunakan kenderaan berperisai untuk “melanyak” kenderaan orang awam. Para Mujahideen berjanji akan membela mangsa-mangsa orang awam tersebut pada kesempatan yang sewajarnya.

Media Russia Menyediakan Rakyatnya Menghadapi Berita Perunduran Russia dari Chechnya

Demonstrasi awam yang dilakukan di Grozny dan Kershloi membantah pendudukan Russia di Chechnya dan pelanggaran hak-hak asasi manusia oleh askar-askar Russia terutamanya penangkapan/penahanan sembarangan terhadap rakyat Chechnya, seksaan, dan pembunuhan orang-orang awam yang masih terlalu muda. Para pendemonstrasi membandingkan Putin dengan Stalin, yang dikenali dengan perasaan bencinya terhadap orang Islam dan perlakuan kejam terhadap orang-orang Islam di Chechnya. Dalam minggu-minggu yang terakhir ini, pemerintah Russia memberi laluan kepada media massa Russia untuk memaparkan demonstrasi-demonstrasi ini. Insha-Allah mereka sedang cuba untuk menyediakan orang-orang awamnya dengan pengunduran tentera Russian yang bakal menyusul. Lagipun, suratkhabar-suratkhabar Russia telah menyatakan bahawa sesetengah penguasa tentera Russia sekarang lebih menyenangi untuk berunding dengan presiden Chechen Aslan Maskhadov. Penguasa-penguasa Russia itu melaporkan beberapa hari lalu bahawa mereka telah berbincang dengan beberapa penguasa tentera Chechnya. Laporan-laporan ini telah disangkal sama sekali oleh para Mujahideen yang tegas menolak sebarang perundingan dengan Russia sehingga mereka menuruti dan tunduk dengan kemahuan dan desakan penduduk-penduduk Chechen, yang mana desakan yang pertama adalah perunduran sama sekali Russia dari bumi Chechnya.

..................................................................
Laman http://www.qoqaz.com.my/news.html

Tranung Kite Cyberlink