Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Mengubat penyakit lebih baik dari mengubat simptom...
Hampir sejak lapan bulan pihak Yahudi meneruskan
serangan mereka setiap hari ke atas kaum Muslimin di
Palestin. Sekalipun penduduk Palestin menjerit dan
setiap hari secara berulang-ulang mereka meminta
kepada saudara mereka di luar (Palestin), tetapi
malangnya tidak seorang pun pihak berkuasa Arab dan
kaum Muslimin tergerak untuk menolong mereka.
Seakan-akan pihak berkuasa itu berada di alam kubur:
Mungkin (panggilan):
"Wahai Mu'tasim." telah bermula,
Memenuhi mulut-mulut para budak yatim;
Ia telah menyentuh pendengaran mereka, tetapi ia
Tidak menyentuh maruah al-Mu'tasim.
(nota: Khalifah Mu'tasim pernah menyerang Rom, apabila
tentera Rom mempermainkan seorang perempuan Muslim.)
Pada hari-hari terakhir ini pihak Yahudi telah
menggunakan senjata yang lebih merosakkan dan
menghancurkan, sebaliknya pihak-pihak berkuasa itu
semakin bertambah hina dan pengecut. Musuh Allah,
Sharon, sedang mabuk penyeksaan dalam mempersendakan
Gaza, Nablus, Thulkaram dan Ramallah, sehingga sanggup
menghancurkan rumah-rumah juga penghuninya, sementara
pihak-pihak berkuasa itu terus melakukan konspirasi
jahat terhadap permasalahan UTAMA umat ini demi
berkhidmat kepada tuan-tuan mereka, iaitu
negara-negara kafir, serta tamak mendapatkan keredaan
pihak Yahudi.
Pada hari Sabtu, 18/05/2001 apa yang mereka namakan
Suruhanjaya Pengawasan Arab telah berkumpul di
Kaherah, keputusannya justeru menambah kehinaan dan
merupakan usaha yang disengajakan untuk menipu dan
menyesatkan rakyat, sehingga ia justeru lebih buruk
dibandingkan jika sekiranya tidak pernah ada pertemuan
tersebut. Antara keputusannya adalah: "Menghentikan
semua bentuk hubungan politik negara-negara Arab."
Dengan entiti Yahudi (kecuali kedutaan) "Sepanjang ia
meneruskan permusuhan dan tekanan ke atas penduduk
Palestin.." Suruhanjaya tersebut juga menetapkan:
"Menuntut semua negara berkenaan untuk melakukan
pemulauan terhadap sebarang barang keluaran
penduduknya." Ertinya, Suruhanjaya Pengawasan tersebut
telah menetapkan penentangan terhadap jet-jet pembunuh
dan pemusnah AF-16, jet-jet Albachy dan
senjata-senjata canggih Amerika yang lainnya, di mana
ia menetapkan penentangan terhadap semuanya tadi
dengan menghentikan hubungan politik, dan bukannya
semua hubungan, serta memulaukan barang keluaran
penduduknya, dan bukan penduduk entiti Yahudi, sebagai
ganti pengambilan keputusan untuk mengisytiharkan
jihad dan menggerakkan pasukan tentera agar
menghancurkan entiti Yahudi dan mencabutnya dari akar
umbi.
Ia merupakan lawak terbesar yang diterajui oleh
pihak-pihak berkuasa Arab dalam mengkhianati umat dan
menipu serta menyesatkan rakyat. Ia merupakan sikap
yang tersangat pengecut, khianat dan hina.
Antara keputusan tersebut adalah: "Menuntut Majlis
Keselamatan atau Perhimpunan Umum Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengadakan pertemuan
segera dalam rangka membincangkan keadaan kritikal
yang berpunca dari peningkatan pihak Israel secara
berterusan untuk menyerang penduduk Palestin, serta
menyeru kepada pemeliharaan keamanan antarabangsa
untuk penduduk awam Palestin di tanah-tanah yang
dicerobohi tersebut." Keputusan ini, dengan ayat dan
hurufnya, merupakan keputusan yang telah diputuskan
oleh Persidangan Kemuncak Arab yang diadakan di
Kaherah pada bulan Oktober 2000M, serta Persidangan
Kemuncak Arab yang diadakan di Amman pada bulan
Februari tahun ini. Dalam menuntut perlindungan ini,
mereka jelas sekali telah mengetepikan nilai-nilai
Islam, kemuliaan, kebesaran jiwa, maruah dan rasa
malu. Mereka bertindak seperti orang yang lemah
akalnya yang meminta perlindungan kepada pengurus
urusannya.
Walhal pihak-pihak berkuasa Arab itu dengan jelas
mengetahui, bahawa keputusan-keputusan ini merupakan
pengkhianatan dan penghinaan yang nyata terhadap hak
saudara mereka di Palestin, serta mencabar dan takut
terhadap perasaan rakyat mereka yang terbakar untuk
menolongnya. Mereka juga mengetahui, bahawa melindungi
penduduk Palestin tidak mungkin dengan perlindungan
musuh-musuh mereka, iaitu negara-negara kufur yang
diterajui oleh Amerika yang telah melepaskan tangan
Sharon untuk membunuh dan mendera mereka. Sekalipun
demikian, Suruhanjaya yang dicetuskan dari Persidangan
Kemuncak Arab ini tetap sahaja mengeluarkan
keputusan-keputusan khianat yang memalukan ini, yang
dipertontonkan oleh pihak-pihak berkuasa Arab tersebut
kepada rakyat mereka. Jika ini merupakan hakikat
keputusannya, lalu apa sebenarnya matlamat
mengisytiharkan keputusan-keputusan yang sama
berulang-ulang pada masa yang menuntut tindakan yang
nyata, bukan kata-kata untuk melindungi penduduk
Palestin? Bukankah ini telah pun cukup untuk
menjelaskan sejauh mana natijah yang telah berjaya
dicapai oleh pihak berkuasa itu dalam pengkhianatan,
penipuan dan penyesatan mereka terhadap umat ini?
Hampir tiada hari berlalu kecuali setiap orang akan
melihat dengan kedua matanya pelbagai kejadian yang
membuktikan pengkhianatan pihak-pihak berkuasa
tersebut terhadap permasalahan vital umat ini, yang
menuntut agar mereka dibuang dan dimusnahkan untuk
menenteramkan umat daripada keburukan mereka.
Merekalah punca bala yang digunakan sebagai topeng
kaum kufar, musuh Allah.
Wajib tiada lagi kesamaran bagi kaum Muslimin, bahawa
sempadan yang diciptakan antara kaum Muslimin adalah
ditetapkan oleh kaum kuffar agar memotong-motong
hubungan umat Islam. Sempadan-sempadan ini tidak boleh
menjadi penghalang antara mereka dengan saudara mereka
di Palestin dan dengan yang lain, apabila mereka
menghadapi perlawanan pihak Yahudi dan Amerika.
Kehinaan, kebaculan dan kelemahan pihak berkuasa itu
bukan disebabkan oleh sedikitnya harta benda dan
orang, ataupun kerana kurangnya persenjataan dan
bekalan, kerana kemampuan kaum Muslimin dan tentera
mereka mampu untuk melibas entiti Yahudi yang pengecut
itu, serta berkemampuan untuk melawan musuh Amerika
yang menggunakan baju Yahudi, tetapi malangnya pihak
berkuasa itu mengikuti negara-negara kafir bagaikan
hamba yang mengikuti telunjuk tuannya, dan mereka
tamak pada kekuasaan yang telah mereka rampas dari
tangan umat dengan bantuan negara-negara yang
menjadikan mereka sebagai penjaga kepentingan kaum
kufar dan entiti Yahudi ini.
Rakyat-rakyat negeri Islam adalah umat yang satu,
sabda Nabi saw.
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang,
sayang-meyangi serta belas kasihan mereka (antara satu
dengan yang lain) adalah seumpama tubuh; Jika salah
satu anggotanya mengeluh kesakitan, maka ia akan
memanggil-manggil anggota badan yang lain dengan
terjaga dan panas."
Sabda Nabi s.a.w.:
"Orang-orang mukmin seperti seorang manusia, jika
kepalanya mengeluh (kesakitan), maka ia akan
memanggil-manggil anggota badan yang lain dengan panas
dan terjaga."
Kekayaan umat ini sangat melimpah, tentera mereka pun
sangat kuat dan banyak yang dipenuhi dengan para
jeneral yang ikhlas dan berkemampuan untuk
menyelamatkan umat dari cengkeraman negara-negara
kafir dan musuh Yahudi. Oleh itu, para jeneral
tersebut wajib membuang para pengkhianat dan memecah
sempadan buatan yang digunakan oleh kaum kuffar dan
talibarut-talibarut mereka untuk mempertahankannya.
Tidak samar lagi bagi sesiapa sahaja, bahawa penduduk
Palestin sahaja tidak mampu untuk melawan musuh Yahudi
dan Amerika, sesuatu yang menuntut tentera ini untuk
bergerak merobohkan istana-istana pihak berkuasa
pengkhianat yang menghalangi untuk menolong mereka,
serta menuntut bergerak untuk melibas entiti Yahudi
dari akar umbinya, dan berdepan dengan musuh Amerika
yang berbaju Yahudi yang menjadi musuh umat. Allah
SWT. berfirman:
"Dan perangilah di jalan Allah, orang-orang yang
memerangi kamu." (Q.s. al-Baqarah [02]: 190).
"Dan perangilah mereka seperti mana mereka
menghancurkan kamu, dan usirlah mereka seperti mana
mereka mengusir kamu." (Q.s. al-Baqarah [02]: 191).
"Perangilah mereka, maka Allah akan menghancurkan
mereka dengan tangan-tangan kamu, dan menghinakan
mereka serta menolong kamu atas mereka, serta
menyembuhkan hati-hati kaum mukminin." (Q.s. at-Taubah
[09]: 14).
"Sesiapa sahaja yang memerangi kamu, maka perangilah
dia sepertimana dia memerangi kamu." (Q.s. al-Baqarah
[02]: 194).
Musuh Allah, Sharon, tidak akan terdorong untuk
menyerang Palestin, Lebanon dan Syiria, kecuali
setelah dia berpuas hati dengan kehinaan dan kebaculan
pihak berkuasa Arab dan kaum Muslimin yang nampak
dalam sikap mereka secara peribadi mahupun berkumpulan
dalam Persidangan Kemuncak yang mereka laksanakan di
Kaheran, Oman dan Doha, serta setelah berpuas hati
dengan sokongan kuat dan terang-terangan Amerika yang
diambil oleh Presiden Amerika, George W. Bush, dan
para pucuk pimpinan pemerintahannya dalam kunjungan
Sharon kepada mereka pada tarikh 20/03/2001.
Sesungguhnya Amerika, ketua kepada kekufuran, musuh
Islam dan kaum Muslimin yang berusaha memaksakan
cengkeramannya terhadap dunia Islam, merompak
kekayaannya dan yang mengambil sikap bermusuhan secara
agresif terhadap umat Islam dengan bergabung bersama
Yahudi serta menyokongnya dengan tidak berbelah bagi.
Dialah yang menjadi musuh sebenar kaum Muslimin,
sehingga kaum Muslimin wajib mengambil sikap
bermusuhan sebagai asas dalam berhubungan dengannya.
Misalnya, tidak dibenarkan menjalin hubungan
diplomatik dengannya, sepertimana tidak dibenarkan
merujuk kepadanya dalam menyelesaikan permasalahan
kita, serta syarikat-syarikat mereka tidak dibenarkan
untuk beroperasi di negeri kita, dan campur tangan
dalam mana-mana urusan kita mahupun sebarang
permasalahan kita, begitu juga para delegasi mereka
tidak boleh diterima, sepertimana tidak dibenarkan
tetap bermaharajalela di wilayah Teluk dan menguasai
kekayaannya, serta tidak dibenarkan mempunyai sebarang
kedudukan ataupun cengkeraman di negeri kaum Muslimin.
Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya saudara-saudara kamu
di Palestin sedang memangil kamu, dan kamu pun
terbakar untuk menolong mereka, tetapi pihak berkuasa
pengkhianat itu menghalang-halangi kamu untuk menolong
mereka, atau melaksanakan kewajipan yang difardukan
oleh Allah kepada kamu agar berjihad dan mencabut
bisul Yahudi. Sampai bila bersabar dengan para
pengkhianat itu? Sampai bila mereka akan terus cuai
terhadap kesesatan mereka tanpa kewujudan pemimpin
yang memimpin mereka? Sekarang telah tiba masa bagi
tentera Islam yang tidak boleh dikalahkan itu untuk
kembali menang semula dan memulakan kemenangannya yang
agung, mematahkan pelbagai belenggu dan membangkang
terhadap perintah para taghut, melenyapkan mereka
serta mengibarkan bendera Khilafah, membebaskan umat
serta menggoncang tanah yang menjadi pijakan kaum
kuffar, serta mengembalikan kemuliaan dan kehormatan
umat.
"Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan
orang-orang beriman dalam kehidupan dunia ini, dan
pada hari bangkitnya saksi-saksi (Hari Kiamat." (Q.s.
Ghafir [40]: 51).
.............................
26 Disember 2001