Fikir-fikir, jangan tak fikir....

  • 30/9/2000

  • 29/9/2000
    Jika Kerajaan Pusat nak buat projek pembangunan daripada wang royalti di negeri Terengganu, mereka mestilah mendapat kebenaran kerajaan negeri terutamanya melibatkan tanah dsbnya. Kalau kerajaan negeri tak bagi projek tak akan dapat dilaksaksanakan. Soalannya apakah wang ini memang untuk projek rakyat Terengganu ??

  • 28/9/2000
    Berkatalah Mahathir rakyat Terengganu tak berhak wang royalti. Wang itu diberi kerana Negeri Terengganu miskin. Maka diambillah wang itu. Berkatalah pula si Mahathir lagi... sambil disambut oleh tukang soraknya wang itu akan diberi terus kepada rakyat Terengganu. Ekhs..tadi kata rakyat Terengganu tak ada hak tapi nak bagi terus kepada rakyat... apa punya cakap ini... ???

  • 27/9/2000
    Berkatalah Rais Yatim bahawa pelantar benua itu 3 km daripada pantai, maka berkata pula Tun Salleh Abas iaitu 200 meter dalam sesuatu laut tak bergantung jarak. Agak anda mana yang betul ?

  • 18/9/2000
    Biasanya buku-buku Pas boleh didapati di tempat ceramah, Markaz dan tempat-tempat biasa penjual Pas. Tiba-tiba satu buku bertajuk "Islam Optimis melangkah Alaf baru.." di tulis pula oleh pengarang yang anda tak kenal dijumpai di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO....??? Bila dikomplen oleh Musyidur Am... buku itu berlambak pula dipasaran !

  • 17/9/2000
    Isu guru di Terengganu, isu dalaman (kecil) sepatutnya diselesaikan diperingkat sekolah, Pejabat pendidikan bukannya TV3¼. Apakah faedahnya diperbesarkan ? Apakah perasaan guru-guru lain ? Apakah pihak atasan pendidikan tak tertekan ? Penyelesaian lebih utama atau kepentingan politik tertentu....

  • 16/9/2000
    Rayalti minyak menjadi isu, TV3¼ pun mulalah memainkan peranannya, ditunjukkan gambar kemiskinan yang berlaku di Terengganu...akibat daripada perbuatan kerajaan PAS. Pas baru memerintah 10 bulan.. Apakah rakyat boleh jadi miskin terus kerana 10 bulan Pas memerintah. Bagaimana dengan UMNO yang memerintah 40 tahun dan 28 tahun duit royalti minyak ? Sepatutnya kita kena tanya dimana duit royalti selama ini ?

  • 15/9/2000
    Pas sudah banyak kali kalah dalam pilihan raya, tapi kita boleh bersabar dan resional dengan dengan kehendak rakyat. Tapi UMNO bila kalah sekali, mengelabah, tidak rasional, tidak boleh menerima hakikat kehendak rakyat. Cuba menghapus demokrasi, menolak kehendak rakyat Terengganu yang mahukan perubahan...
    Apakah Mahathir seorang yang rasional, yang mampu berfikir secara rasional ?

    Tok Ayah
    Webmaster

  • Tranung Kite Cyberlink