Fikir-fikir, jangan tak fikir....
AMERIKA, CUBA & UMNO!

Sejak kecil lagi kita difahamkan yg Amerika telah bermusuh dgn regim CUBA yg komunis itu. Namun Amerika masih gagal 'menelan' negara kecil itu.

Tetiba kedengaran cerita bhw Amerika menggunakan penjara negara komunis itu untuk memenjarakan tahanan perang Afghan & alQaeda. Penjara tersebut diketahui antara penjara yg paling kejam layanannya kepada tahanan mereka.

Sebagai umat Islam, kita pilu mendengar kisah tersebut. Kerana Islam telah memberi kaedah yg amat wajar dalam menangani tahanan atau tawanan perang.

Yg pasti tawanan perang tersebut diseksa secukupnya. Tiada negara Islam yg berani bersuara menentang akan tindakan 'big boss' mereka. Belum kedengaran 'pemuda perkasa Umno' bersungut, apatahlagi menentang! Mereka seakan redza dgn apa yg dilakukan oleh 'mahaguru' mereka itu di sana.

Lebih menggerunkan bila mendengar khabar yg negara komunis pun sedang belajar dari Umno dalam banyak perkara. Ini di nyatakan sendiri oleh pembesar negara.
Fikir-fikirlah

Oleh : MONA SOLMON


....................................
28 Januari 2002

Koleksi Fikir-fikir
Tranung Kite Cyberlink