Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Dr Mahathir pemimpin terbaik di dunia

Dr Mahathir pemimpin terbaik di dunia – Dr Ling KANGAR, Isnin 28 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang dapat meletakkan Malaysia sebagai negara membangun yang disegani, adalah pemimpin terbaik di dunia, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Beliau berkata ramai pemimpin asing ingin tahu tentang resipi kejayaan Malaysia dalam menangani masalah di samping melaksanakan pembangunan berterusan walaupun negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Katanya Dr Mahathir adalah seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bijak dan berwawasan serta dihormati ramai pemimpin dunia di atas kejayaan beliau membangunkan Malaysia.

Maka berebut-rebut pemimpin dunia nak datang malaysia nak cium tangan Mahathir....


....................................
30 Januari 2002

Koleksi Fikir-fikir
Tranung Kite Cyberlink