Fikir-fikir, jangan tak fikir....
YADIM: PUM BUKAN SUARA ULAMA

1. YADIM: PUM BUKAN SUARA ULAMA

Seorg bekas org PAS, yg kini sedang bergayut di tepi 'tong' Umno, iaitu Nakhae memaklumkan kpd umum bhw Persatuan Ulamak Malaysia(PUM) bukanlah mewakili suara ulamak di Malaysia.

Tuduhannya(bukan hujah) ialah PUM menjadi suara PAS. Dengan kata lain, apa yg disuarakan oleh PUM adalah sama seperti yg disuarakan oleh PAS!

Dgn kata lain juga, apa yg di suarakan oleh PAS, itulah yg di suarakan oleh PUM. PUM dan PAS dilihat senada dalam menangani sebarang isu.

Maka sesiapa yg mengikut PAS, mereka adalah pengikut dan penyokong ulamak. Hanya ulamak shj yg disebut oleh Nabi Junjungan, agar umat Islam ikutinya.

Yg kita pilu adalah mengenangkan ada sekumpulan yg ngaku Islam tetapi meminta menjauhkan diri dari ulamak. "banyak pahalanya kalau menjauhkan diri dari ulamak'..agaknya begitulah kata mereka.

2. SIASAT SEMULA

Jabatan peguam negara dilaporkan atelah membuka semula kes rogol gadis bawah umur. Itu pun setelah dirayu oleh keluarga mangsa. Kalau tidak dirayu tentu 'keadilan' ala Umno berjalan 'lancar'!

Yg kita muskil ialah mengapa Timb.Pendakwaraya Selangor menutup kes itu dulu. Adakah mereka ini timbalan hanturaya yg banyak berkeliaran di negeri umnoraya itu?.

Mungkin mereka tak ketemui tilam yg boleh jadi barang kes!

Oleh : Mona Solomon


....................................
16 Februari 2002

Koleksi Fikir-fikir
Tranung Kite Cyberlink