Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Belanjawan 2001 untuk harga taugel

Sebelum Belanjawan dibentangkan, macam-macam ulasan dibuat.. Ada yang kata Belanjawan kali ini adalah Belanjawan Rakyat. Saya tak komen banyak, takut juga Dr Mahathir tukar strategi setelah merompak wang Royalti Petroleum..

Apabila perbentangan belanjawan selesai, tiada bonus tahun ini, tiada 'Ehsan' untuk kakitangan kerajaan. Sudahlah pegawai kerajaan tersempit dengan hidup yang makin hari makin mencabar. Gaji buruh kilang lebih baik daripada seorang kerani. Perbelanjaan anak-anak kian meningkat, tiada lagi pakaian semurah dahulu, tiada lagi buku dan alat tulis yang boleh dibeli sebagaimana dulu. Itu tak termasuk lagi yuran persekolahan yang 'mesti' naik setiap tahun.

Puasa telah hampir, raya akan menjelang.. Cuti persekolahan akan tamat. Belanjawan yang dinanti-nanti, sekurang-kurang boleh melegakan diawal tahu nanti hilang dek 'sandiwara' pimpinan kita. Mana persatuan sekerja yang lantang, mana Siva ?? Mukanya tak muncul pun dalam TV...

Apa yang kita nampak syarikat yang untung, kononnya untuk pembangunan negara... rakyat entah kemana ?

Harga getah 75 sen sekilo, mampukan rakyat miskin untuk meneruskan hidup, jika harga taugel 90 sen ? Itulah nasib rakyat yang tak mahu berfikir....

Tok Ayah
Webmaster

Tranung Kite Cyberlink