Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Isu agama pembangkang dan 'tengkolok Kuli'

Mahathir marah betul dia kata parti pembangkang guna taktik kotor dan cara samseng sepanjang kempen pilihan raya kecil Lunas dan akan menjadi amalan beterusan sehingga mengakibatkan negara tidak aman dan berpecah-belah

Katanya lagi, "Pembangkang menggunakan isu agama dengan mengeluarkan (sebarkan) surat kononnya kadi kata orang Islam tidak boleh undi bukan Islam sedangkan mereka adalah orang yang mengundi bukan Islam pada pilihan raya lepas (1999)"

Siapa sebenarnya yang memainkan isu agama ? Kita tidak lupa lagi bagaimana BN/UMNO dan Dr Mahathir inilah yang menggunakan media massa sewenang-wenangnya menyebar gambar Kuli dengan Tengkolok berbentuk salib pada pilihan raya 1990. Hingga rakyat tertipu.

Isu-isu negara yang besar, masalah ummah, kezaliman dan penindasan semuanya boleh lebur kerana 'tengkolok Kuli'. Apakah isu agama hanya halal untuk UMNO/BN sahaja, begitu juga menggunakan masjid. Apabila Khir Toyo ber'ceramah politik' di masjid di Kedah tidak mengapa tetapi apabila Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz 'mengajar agama' tidak boleh.

Jangan kita mudah terpengaruh dengan 'sendiwara' Umno..... fikirlah.

Abu Jihad
Webmaster

Tranung Kite Cyberlink