Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Muka Samy dan tangan Mahathir

Berkatalah Mahathir sambil menunjuk-nunjuk satu poster "Pembangkang gunakan cara kotor pamerkan gambar seperti ini. Kita tahu dengan teknologi baru, kita boleh letakkan kepala sesiapa kepada badan orang lain dan (gambar) ini jelas menunjukkan kepala ini memang Anthonysamy tetapi badan ini bukan dia punya. Tengok tangan merah, mukanya putih. Ini penipuan besar"

Gambar Mahathir selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sambil menunjuk poster Anthonysamy yang memegang salib menjadi tajuk utama media massa penyebar fitnah kerajaan.

Kadang-kadang terfikir juga kita agaknya bodoh juga pembangkang ni... walaupun mahir guna 'super expose' tapi tak habis ilmunya. Pembangkang hanya pandai letak muka sahaja, tak tahu nak tukar tangan...???

Lagi sekali saya fikir, apakah pembangkang hanya tahu guna teknologi moden untuk tukar muka tak tahu nak cerah atau gelapkan tangan atau kaki (jika ada)...

Atau....ini satu strategi Mahathir untuk menunjukkan bahawa yang menipu dalam pilihan raya ialah pembangkang, yang jahat pembangkang, yang memecah belah ialah pembangkang, yang perkauman ialah pembangkang... semuanya pembangkang. Bagi Mahathir dialah betul segala-galanya.

Hanya orang yang berfikir aje boleh menjawab persoalan ini....

Abu Jihad
Webmaster

Tranung Kite Cyberlink