Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Solah Tarawih & Tazkirah

Saya sempat bersolat tarawih bersama dengan MB Terengganu semasa beliau membuat lawatan Dungun serta berbuka puasa dengan masyarakat di sini baru-baru ini.

Selepas aje 8 rakaat solat tarawih beliau terus memberi sedikit tazkirah, antara lainnya beliau menyebut tentang sejarah solat tarawih, bilangan yang dibuat oleh Nabi dan juga para sahabat yang selalu menjadi pertikaian di antara golongan tua dan muda untuk mengerjakan solat tarawih samada 8 atau 20 rakaat.

Kata beliau lagi tarawih bermaksud rehat di mana selepas 4 rakaat dibenarkan rehat. Tiada nas yang menyebut apa yang perlu dilakukan diantara sela masa tersebut. Ada negeri yang membaca tasbih, ada yang membaca Al Quran tambah beliau.

Walaupun tak dinyatakan secara khusus mengenai tazkirah, pada padangan saya mengadakan tazkirah mengingati para hadiri ada satu kerja yang baik. Kita tak mahu masyarakat kita buta tentang Islam. Lagi pun tiada nas yang memberitahu kita apa yang perlu dibuat pada 'masa rehat' antara 4 rakaat. Oleh itu apa-apa perkara yang membesarkan Allah serta memperingatiNya adalah dikira sebagai zikirullah yang tidak melara'kan.

Tapi malangnya usaha ini, yang telah berlalu lebih 5 tahun di tempat saya telah dianggap salah oleh setengah golongan yang sempit agama, tidak memahami apa erti dan sejarah solat tarawih itu sendiri.

Kita minta pihak mufti atau yang arif tentang agama yang berada di dalam kerajaan membuat fatwa yang jelas mengenai perkara ini. Jangan jadikan agama ini sebagai isu politik yang menjijikkan....

Hanya manusia yang berilmu dan berfikir aje mengetahui mana yang benar atau mana yang palsu....

Abu Jihad
Webmaster

Tranung Kite Cyberlink