Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Prof. 'Kangkung' menjalar macam kangkung liar

Setiap hari kita dipersembahkan dengan pelbagai ucapan dari ahli akademik. Mereka ini memberi komen secara akademik, seolah-olah arang lain tak pernah bersekolah... dia sahajalah yang pandai.

Saya merujuk kepada ucapan Prof. Firdaus Abdullah yang memberi komen tentang ucapan sdr YB Hj Mahfuz. Katanya "Berfikir dahulu sebelum bercakap". Kata-kata Prof. ini ditujukan kepada Sdr. Mahfuz kononnya, Sdr. Hj Mahfuz ini bercakap tak berfikir... ikut sedap mulut.

Saya ingin bertanya kepada Prof. Firdaus... Adakah dia sendiri berfikir ketika nak ditemubual di media massa ? Apakah seorang Prof. hanya memberi komen bergantung kepada berita akhbar tanpa mengetahui berita sebenar. Apakah prof kangkung ini (pinjam istilah Wak Amin) tahu maksud sebenar yang nak disampaikan Yb Hj Mahfuz ?

Saya tak hairan jika ulasan ini dibuat oleh mereka yang lalu-lalang, dan ditangkap oleh TV3 untuk membuat ulasan. tapi ini seorang Prof. Sepatutnya tahu apa yang nak bercakap jangan sampai orang kata kita ini berjaya di 'U' kerana main 'toyol'.

Abu Jihad
Webmaster

Tranung Kite Cyberlink