Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Penyingkiran musuh politik dalam UMNO...

Malang sekali, pemimpin-pemimpin pada masa ini telah mengenepikan sama sekali UMNO YANG ASAL. Mereka tidak menghormati perjuangan dan pengorbanan pemimpin lama. Mereka telah menggunakan pembubaran UMNO ASAL sebagai alasan untuk menubuhkan UMNO Baru. Sebagaimana yang anda semua tahu, walaupun UMNO Baru menggunakan nama UMNO, perlembagaan dan semangatnya jauh berbeza dari UMNO YANG ASAL. Tambahan pula, pemimpin-pemimpinnya dengan sengaja telah menolak bulat-bulat penyertaan ahli-ahli UMNO ASAL sebagai ahli-ahli UMNO Baru, kerana takut ianya akan menggugat kedudukan dan kepentingan mereka. Dan usaha kami untuk membetulkan keadaan ini telah menemui kegagalan. Perkara inilah yang paling menyedihkan saya dan rakan-rakan saya. Oleh sebab itulah kita tidak boleh menerima UMNO Baru secara sukarela dan ikhlas.
Tun Hussein Onn
Oktober 1988, sempena pilihan raya kecil Parit Raja, Johor.

Siapakah yang lebih arif tentang UMNO ? Kalau tidak Tun Hussein Onn. Tapi Tun begitu kecewa dengan sifat rakus kepimpinan UMNO hingga belia meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO.

Sekarang sekali lagi usaha menyingkir ahli-ahli UMNO telah dilakukan dengan menggunakan tata tertib UMNO dengan alasan 'politik wang'.

Siapa yang bermain kuasa dan wang ? Hanya orang waras aje mampu menjawab ! Jangan jadikan politik wang sebagai senjata untuk membunuh musuh politik.

UMNO sudah tidak releven lagi.... Fikir-fikirlah jangan tak fikir...
Tinggal UMNO cari alternatif....

Abu Jihad
Webmaster

18 Jun 2001

Koleksi Fikir-fikir
Tranung Kite Cyberlink