Fikir-fikir, jangan tak fikir....
Nik Aziz - Bertindaklah Kalau benar berlaku

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyambut baik jika Badan Percegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan oleh sebuah syarikat milik kerajaan negeri mengenai konsesi balak.

"Saya bersikap terbuka mengenai benda (siasatan BPR) ini.Saya setuju benar kalau pihak yang berkenaan mengkaji dulu dan siasat betul-betul kes ini. Kalau benar berlaku, bertindaklah," katanya kepada pemberita Selasa.

Menurutnya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada BPR untuk menjalankan siasatan dan mendakwa mana-mana pihak sekiranya kes itu benar berlaku.

Nik Aziz berkata beliau tidak suka menyembunyikan sebarang penyewelengan yang berlaku di negeri itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar semalam bahawa BPR menerima maklumat dan laporan daripada Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), sebuah badan bukan kerajaan, bahawa berlaku penjualan ekuiti beribu-ribu hektar konsesi balak di negeri ini kepada sebuah syarikat ladang kelapa sawit di Johor.

Ah cukup berbeza dengan Dato' Khir Toyo (UMNOlah tu) yang tak terbuka, malah menggunakan media massa untuk mencari kesalahan orang lain pula. Mengupah pengampu untuk menyerang sdr Lutfi memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan. Membuat akhbar palsu, laman web palsu bagi membendung rasuah mereka.

Mereka juga menggunakan Pak Lah (KDN) untuk menghalang Lutfi, menekan serta menggugut ! Ini semua kerja-kerja jahat.

BPR pula ditekan. Mereka tidak berani untuk bertindak walaupun bukti yang diberi cukup lengkap.

Cuba kita fikir cukup berbeza dengan ahli-ahli PAS, mereka tidak pun menyerang Ibrahim Ali, walaupun semua orang tahu Ibrahim Ali ini diserang begitu hebat pada suatu masa dulu, mereka redha sebab mereka tahu akan kebenaran. Malah pimpinan PAS sendiri pun begitu terbuka dalam isu balak bukan sahaja di Kelantan, malah begitu juga isu balak di Terengganu.

Tapi kita cukup hairan dengan puak-puak KMU ini. Apakah prinsip hidup mereka ?? Dimana maruah diri untuk dibanggakan kepada anak-anak mereka nanti ?

Fikirlah... Hanya fikiran yang waras sahaja dapat mencari kebenaran !


....................................
16 Januari 2002

Koleksi Fikir-fikir
Tranung Kite Cyberlink