Orang ramai dihujani pemedih mata di Mahkamah Kulim pada 18 Februari 2000 lalu

Orang ramai mula berkumpul di hadapan mahkamah sekitar jam 9.00 pagi. Anjing-anjing kurap sudah tentulah lebih awal lagi dan seperti biasa mereka menguasai bahagian belakang bangunan Majlis Daerah Kulim dan kawasan Mahkamah. Perkara pertama yang paling melucukan dapat dilihat adalah papan tanda 'Mahkamah Untuk Keadilan' yang sepatutnya terpampang megah di hadapan bangunan Mahkamah Kulim telahpun diNYAHkan dari situ. He,he.....setelah 5 kali perbicaraan kes Pengundi Hantu dijalankan sejak Disember 2000, slogan kebanggaan Mahkamah Kulim itu telah menghantui mereka pula rupanya.

Lebih kurang jam 9.30 pagi orang ramai dibenarkan pula untuk memasuki perkarangan mahkamah Kulim. Hairan juga......padahal kawasan laluan masuk telahpun dihadang dan diletakkan kawat berduri di kiri kanannya. Lebih hairan lagi tiada sekatan pula untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk masuk mendengar kes perbicaraan. Maka sebilangan penyokong telah menyerbu masuk dengan pantasnya. Sempat pula laungan-laungan keramat bergema di perkarangan mahkamah.

Tapi kebenaran itu hanya sekejap aje... kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghalang. Serentak dengan kekecohan itu, siren anjing mula berbunyi dan trak 'water canon' mula bergerak masuk dari arah belakang bangunan Majlis Daerah Kulim. Insiden berikutnya menyaksikan seorang reformis wanita telah diheret dengan kejamnya oleh anjing-anjing bangsat Madey. Pada masa yang sama beberapa biji canister gas pemedih mata kelihatan melayang di udara ke arah para penyokong yang sedang berhimpun menyebabkan mereka terpaksa berundur ke belakang.

Gambar Sumbangan : Kak Id







.................................................................................................................................
Kami menerima apa-apa bentuk foto, untuk siaran umum. Hantar gambar saudara/i ke email kami berserta penerangan ringkas



Jumlah Pelawat :
Counter
Mulai 6 Februari 2001


Tranung Kite Cyberlink