Empat direman bantu siasatan
penyelewengan PPRT RM36.5 juta

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tiga Datuk dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi membantu siasatan kes penyelewengan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM36.5 juta.

Majistret Hamidah Mohd. Deril memerintahkan bekas Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Dr. Abdul Aziz Mohamad, 57, dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Alwi Said, 53, direman lima hari sehingga 10 Disember ini.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM12 juta.

Majistret Hamidah juga memerintahkan bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir, 52, dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mohd. Arif Abu Bakar, 51, direman tiga hari sehingga 8 Disember ini.

Siasatan terhadap mereka akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan penipuan sehingga mendorong harta sebanyak RM24.5 juta diserahkan.

PATUTLAH TV ASYIK TUJUK RAKYAT KELANTAN DAN TERENGGANU MISKIN AJE... RUPANYA ADA PENYANGAT !

Tarikh : 7 Disember 2001





.................................................................................................................................
Kami menerima apa-apa bentuk foto, untuk siaran umum. Hantar gambar saudara/i ke email kami berserta penerangan ringkas



Lain-lain Foto Semasa :

  • Orang ramai dihujani pemedih mata di Mahkamah Kulim
  • Beginilah pembunuhan kejam yang berlaku...
  • Beginilah nasib Sdr. Anwar Ibrahim...
  • Sdr Anwar Ibrahim keluar dari kamar pembicaraan
  • ISA - Muslimat PAS bersemuka dengan TPM

  • >>Tranung Kite Cyberlink<<