PEMUDA PARTI DACING TIDAK JADI BERKUMPUL

Mudin telah mengumumkan bahawa pemuda Parti Dacing akan berkumpul di stadium pada 11 Januari ini untuk menyatakan bantahan terhadap Suqui. Hisham Conet sangat gembira kerana diberi peluang untuk membodek Dr. M.

Hisham Conet mengarahkan pengikutnya di Johor, "Untuk menyatakan taat setia kita, aku mau awak semua pergi Stadium Kuala Lumpur secara konvoi berbasikal!" Pengikutnya Hisham mengeluh kerana membayangkan kepenatan yang bakal mereka alami gara-gara gimik yang dirancang oleh Hisham Conet. Namun begitu mereka punya kepentingan, mereka terpaksa akur dengan Hisham Conet.

Salah seorang dari mereka memberi syarat, "Kami sanggup berbasikal ke Kuala Lumpur dengan syarat Tuan Hisham Conet juga menyertai kami. Boleh?!" Hisham Conet menjawab acuh tak acuh,"Errrr......Boleh! No problem."

Apabila pengikutnya sudah balik, Sanusi terus menelefon Pak Lelah Agen Pengeluar Permit Perhimpunan. " Hello, Agen! saya nak minta kansel perhimpunan Pemuda Dacing. Jangan bagi permit!" Pak Lelah bertanya, "Apasal pulak? Hari tu, ye ye sangat."

Hisham pun menjawab dalam berbisik, "Orang aku mau aku berbasikal, actually aku tak tau naik basikal."

Pak Lelah membalas, "Ikut you la."(Itu pasallah Perhimpunan Pemuda Dacing di batalkan. Isu keselamatan tu alasan aje. Debat yang dijadual pun dibatalkan sekali kerana Pak Lelah dah rabung terus kansel aje..)

This product is protected by copyright laws.
Copyright © 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com

----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.

Arkib : Laman kartun dan Humor Reformasi