Ketua UMNO cawangan kampung orang asli dengan jam dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli merangkap ketua UMNO cawangan telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak Pergerakkan Puteri UMNO kerana menolong mereka dalam operasi Puteri masuk kampung dan desa.

Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan didepan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya, "OOOO...patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"


3 Disember 2001







----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.


Laman : Laman kartun dan Humor Reformasi
Arkib : Arkib Humor reformasi