Kenapa Pulau Spratly adalah kepunyaan Malaysia

Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan bukti bahawa Kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian beberapa negara Asia Tenggara sebagai hak milik Malaysia dan sebahagian daripada zon ekonomi eksklusifnya. Pegawai-pegawai Malaysia dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita nasional melaporkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah menemui "bukti kukuh" di kepulauan tersebut baru-baru ini.

Walaupun pada mulanya pegawai tersebut yang enggan namanya disiarkan agak keberatan dan enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai penemuan bukti tersebut, tetapi beliau akhirnya bersedia berbuat demikian setelah diminta berkali-kali oleh para wartawan. "Sebenarnya penemuan ini amat rumit untuk dihebahkan kepada masyarakat antarabangsa," kata beliau. "Bagaimanapun, kalau kauorang dah nak sangat bukti yang kami temui okay! Mai ikut aku!" tambah beliau.

"Barang bukti ini akan kami kemukakan kepada Mahkamah Antarabangsa nanti," tambah beliau sambil mengangkat keningnya seperti Ziana Zain dan kelihatan begitu menyakinkan.

Kemudian para pemberita dalam dan luar negara di bawa ke satu stor logistik pasukan keselamatan di mana bahan bukti tersebut diberitakan ditemui di Kepulauan Spratly , gugusan pulau yang terdiri daripada beberapa terumbu karang di Laut China Selatan itu. Alangkah terperanjatnya para wartawan tempatan dan asing kerana barang yang telah ditemui itu ialah sebuah tilam Screamland buatan Malaysia dengan 13 tompok air mani!!

"Kami akan buktikan bahawa tompokan mani ini adalah kepunyaan rakyat Malaysia! Hehehe..." katanya selamber abih!



24 Disember 2001







----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.


Laman : Laman kartun dan Humor Reformasi
Arkib : Arkib Humor reformasi