Kotak Hitam Dr Mahathir

Siti Hasmah tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya, Dr Mahathir yang tersorok di bawah katil mereka di bilik Air yang diubah suai (kerana tak cukup bilik).

Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu di situ tanpa diusik. Satu hari ketika membersihkan bilik, untuk berpindah ke Mahligai baru yang berharga hanya 17 juta sahaja ?? Siti Hasmah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Adakah kotak ini sama seperti kotak-kotak rashia yang Ezam dan Azmin nak dedahkan !

Siti Hasmah terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Setahunya yang selalu memberi telur ayam pada hari raya hanya Dr Khir Toyo. Dia cuba menyelesaikan misteri itu, tapi tidak terlintas, tergaru-garu kepalanya sehingga tercabut.....

Akhirnya Siti Hasmah membuat keputusan untuk bertanyakan kepada suaminya : "Abang Det, kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita ?" Dr Mahathir terperanjat tetapi masih mampu menjawab : "Sayang Mah, ada rashia besar tahu, tak boleh beritahu... Ini Akta Rashia Rasmi (OSA)" "Alah abang ni... Dengan Tey pun nak berashia" Belas Siti Hasmah dengan nada manja. Oklah... Setiap kali abang menipu pada rakyat dan ahli-ahli UMNO, abang akan letak satu telur ayam sebagai tanda penipuan tersebut".

Siti Hasmah terdiam dan tak mampu mengawal perasaan yang memberontak. "Takkan 3 kali aje, suami aku menipu dalam tempoh 20 tahun" bisik hatinya yang telah mengenal hati budi suaminya si Dr Mahathir. Lalu Siti Hasmah bertanya lagi : "habis kenapa ada duit RM 3000 ?"

Dengan tersenyum Dr Mahthir menjawab : "setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ".



18 Jan 2002







----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.


Laman : Laman kartun dan Humor Reformasi
Arkib : Arkib Humor reformasi