Dialog Ust.Fadhil dan Mahadey

Syabas dan tahniah kepada AJK dan Presiden PAS kerana menangguhkan pertemuan 19 Feb.2001 antara Umno dan PAS.Adapun pengumuman pertemuan itu hanya dibuat oleh Mahadey (dalam keadaan marah dan panik barangkali) tanpa merujuk kepada AJK Teknikal pertemuan Umno-PAS.

Sehingga minit-minit terakhir sebelum Presiden PAS membuat pengumuman penundaan pertemuan 19 Feb.2001,rakyat dan pemimpin PAS masih tidak mengetahui beberapa perkara utama sesi pertemuan.Antaranya:

1. Tempat dan masa pertemuan masih tidak diumumkan walaupun Sanusi Joned mencadangkan di UIA.

2. Siapakah pengerusi pertemuan Umno-PAS ?. Apakah boleh dua orang serentak menjadi pengerusi, Ust.Fadhil dan Mahadey dalam pertemuan itu? Apakah Prof.Diraja Engku Aziz layak menjadi pengerusi ? . Oleh itu haruslah ditentukan seorang cedikiawan yang mampu menguasai ilmu duniawi dan Islam serta menguasai sekurang-kurangnya bahasa Melayu,Inggersi dan Arab. Sebab tentunya peserta-peserta pertemuan akan mengeluarkan hujah masing-masing berpandukan keilmuan dan pengalaman mereka. Umno tentunya akan banyak memberikan hujah-hujah dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebab mereka diwakili oleh mereka yang berpendidikan Melayu dan Inggeris.PAS pula lebih berkemampuan memberikan hujah dalam bahasa Melayu,Inggeris dan pastinya bahasa Arab kerana hujah-hujah banyak berpandukan Al- Quran dan hadis.Pemimpin PAS tidak hanya berpendidikan Melayu dan Arab-Islam malah Nasarudin Isa dan Mustafa Ali masing-masing adalah bekas pensyarah dan guru yang berwibawa.

Andainya pertemuan 19 Februari 2001 terjadi,bagaimana pula agaknya dialog antara Ust.Fadhil dan Mahadey?.Mungkin begini.

Mahadey : Apa yang ust. ingin kemukakan sekarang?

Ust.Fadhil: Kita bincang pasal Anwar dan badan kehakiman yang tidak telus.

Mahadey : Tak releven. Perkara berikutnya?

Ust.Fadil : Royalti minyak Petronas untuk Kerajaan Tere ngganu bagaimana?.

Mahadey : Tak releven.Soalan berikut?

Ust.Fadhil: Perkataan Islam dalam PAS dan keluaran Harakah bagaimana pula?

Mahadey : Tak releven. Berikut?

Ust.Fadil : Habis soalan. Dato' Seri apa pula soalan nya?

Mahadey : Kita bincang pasal perpaduan Melayu.Blaaaa Blaaa,blaaa,blaaa,.......

Ust.Fadhil: Tak releven.Kita balik.

Mahadey : Apa namaaaaaaaaaaa!.

dari:
paranoid



Jumlah Pelawat :
Counter
Mulai 21 Februari 2001


----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.

Arkib : Laman kartun dan Humor Reformasi