Gempar Masid Negara : India pukul Melayu

Oleh Si Belalang

Jam 10.00 pagi, aku menerima panggilan telefon, supaya turun ke Masjid Negara untuk berjumaat. Aku tanya kat kawan aku tu pasal apa, dia jawab ada hindu nak serang masjid negara. Sepontan aku katakan ' nak mampos', tak tergambar pada fikiran yang waras puak hindu berani bertindak demikian pada waktu 'peak' sebegitu.

Aku tetap turun jugak, walaupun hati kecil langsung tak percaya dengan 'khabar angin' sebegitu.

Semasa khutbah kedua, aku nampak seorang lelaki melayu bercakap melalui' walkie-talkie', beberapa orang pemuda mengenyitkan mata sambil menuding ke arah lelaki melayu tersebut. Gempal dan tegap macam siput babi tapi bila tengok 'walkie-talkie' jenis yang dipakai di mana-mana kawasan pembinaan, sahlah mereka tu bukan siput babi tapi orang ramai merasa curiga akan ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku.

Sebaik sahaja sembahyang bermula, aku mengambil baris yang terkebelakang dan sebelum takbir, dok servey kiri kanan dan kawasan sekitarnya. Tak nampak apa-apa, cuma 2 lelaki Melayu bertenggek di atas pagar sambil memegang walkie talkie. Kiri kanan aku kelihatan lelaki India Muslim. Mereka aku dapati berbisik-bisik antara satu sama lain dalam keadaan yang mencurigakan perasan.

Sembahyang bermula ....sampai habis. Tetapi sebelum imam memberi salam aku dapati 7 atau 8 lelaki india muslim ini terus bingkas dan bekejaran ke arah belakang sedang jemaah masih belum habis sembahyang.

Habis sahaja aku sembahyang. aku terus bangun dan pusing ke belakang dan terus berlari mengejar lelaki-lelaki berkenaan.Aku pun tak tahu apa yang akan berlaku, tapi aku terus mengejar, tiba-tiba aku nampak di depan seorang lelaki Melayu telah dapat dipegang oleh mereka dan terus dibelasah beramai-ramai, aku hampir untuk bertindak,tapi pada masa itu aku diberitahu bahawa lelaki Melayu itu telah mencuri kasut semasa orang sedang bersembahyang. Aku biarkan sahaja lelaki Melayu itu menerima habuan dan ramai jemaah yang habis sembahyang sempat 'tumpang sekaki'. Lembik lelaki melayu tu, tapi tak kuasa aku nak tolong... dalam hati terasa marah juga, malu dengan bangsa lain melihatkan gelagat bangsa sendiri.

- 31 Mac 2001



Jumlah Pelawat :
Counter
Mulai 21 Februari 2001


----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.

Arkib : Laman kartun dan Humor Reformasi