Gempar: Penemuan pelik di Teluk Pasu

Langkawi merupakan pusat pelancongan terkenal di negara ini. Langkawi sekarang menjadi maju dipercayai kerana sumpah Mahsuri telah berakhir. Semenjak berakhirnya sumpahan Mahsuri, pelbagai benda-benda ajaib dan pelik ditemui oleh orang ramai. Pelbagai bahan-bahan berwarna putih telah ditemui di Langkawi antaranya batu marmar berwarna putih, pelanduk putih dan baru-baru ini telah dijumpai seekor kera berwarna putih yang wajahnya kalau diteliti betul-betul iras-iras seperti wajah Mahathir bin Mohamad.

Penemuan yang terbaru di Pulau Lagenda ini yang mengemparkan seluruh umat yang berugamakan Amno ialah sepasang bayi kelapa yang berdaun putih. Mengikut pendapat pakar pertanian, bayi kelapa tersebut berdaunkan putih disebabkan terkena air kencing Mahafiraun. Ini kerana air kencing Mahafiraun terdapat sejenis asid (sama dengan asid yang digunakan oleh FRU untuk menyembur ahli reformasi) yang menyebabkan benda-benda yang berwarna hijau supaya bertukar menjadi putih.

Menurut cerita seorang anak Yatim yang telah membakar sebuah jambatan iaitu kalau tak silap namanya Rais, beliau telah melihat Mahafiraun kencing pada bayi kelapa tersebut. Ini kerana Mahafirau sangat benci kepada warna hijau. Berita terbaru kini ialah Mahafiraun sedang menjelajah seluruh Tanahair untuk mengencing semua rakyat supaya yang berwarna hijau menjadi bukan lagi hijau dan kalau boleh menjadi warna biru. Walaupun Mahafirau serta kuncu-kuncunya yang beragama Amno dan menyembah wang amat benci kepada warna hijau, tetapi mereka terlupa bahawa keris pada bendera mereka (bendera Amno) masih lagi berwarna hijau. Dipercayai bahawa Mahafiraun sedang mengencing semua ahli Amno supaya mengikutnya sebelum mengencing keris pada bendera Amno supaya bertukar warna.

Penemuan terbaru yang mengemparkan negara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluh rakyat ialah mengenai penemuan satu khazanah Firaun pada zaman Mesir dahulu. Dipercayai bahawa khazanah Firaun ini telah diseludup dari Mesir (tanpa diketahui oleh kerajaan Mesir) ke India. Dari India pula ia diseludup oleh seorang kuli tongkang yang dipercayai bernama Mohamad Kutty ke Malaysia bersama dengan seorang kuli yang bernama Samy Berbulu (Vellu). Mengikut pakar sejarah khazanah tersebut telah hilang di Malaysia. Kini khazanah yang amat bernilai tersebut telah dijumpai kembali di sebuah rumah usang di Teluk Pasu. Setelah berita penemuan khazanah tersebut diketahui oleh Perdana Menteri Malaysia, beliau mengarahkan supaya khazanah supaya ia dibawa untuk disimpan di muzium Amno di PWTC. Khazanah tersebut disimpan di muzium PWTC bertujuan untuk disembah oleh ahli-ahli Amno yang masih setia dan yang bodoh. Dipercayai sekiranya khazanah tersebut disembah ia boleh memberikah kuasa ajaib seperti mendapat tander, projek, kontrek, dan jawatan. Diberitakan juga proses pemindahan kahazanah firaun tersebut menelan belanja berbilion-bilion ringgit dan belanjanya untuk memindahkannya diambil dari sumber LUTH, KWSP, Dana Harta, wang Pencen dan Petronas.

Khazanah Firaun yang dijumpai di sebuah rumah usang Di Teluk Pasu dan kini disimpan di Muzium Amno di PWTC

Berita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati. Kalau ada persamaan tu kira nasiblah.

Mie Burn

19 Mei 2001







----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.


Laman : Laman kartun dan Humor Reformasi
Arkib : Arkib Humor reformasi