Hj Madey Yang Suka Menipu

Al-kisah ada seorang pemimpin suatu negeri yang kaya raya bernama Hj. Madey Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Apa sahaja jawatan dia pegang punya, susah nak lepas pulak tu. Sayang, kekayaan Hj. Madey adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putaralamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah beribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas orang ramai memberikan kaunseling agar Hj. Madey berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak.

Satu hari Hj. Madey disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Madey nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala jawatannya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. "kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa keakhirat," jelas Hj. Madey dengan hiba (Dia ni pakar juga bahagian sandiwara air mata) dengan lenangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Pelik bapak hang, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Madey berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj. Madey "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.

Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj. Madey merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj. Madey terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Madey bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."

Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?"tanyanya lagi. "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Madey terus terlentang kerana terkejut beghok dengan penjelasan suaminya tersayangnya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Ambik le iktibar....

25 Mei 2001







----------------------------------------------------------------------------------
Segala yang terpapar tiada kaitan yang hidup, yang 'nak mati' atau yang telah mati.


Laman : Laman kartun dan Humor Reformasi
Arkib : Arkib Humor reformasi