Niat Jahat Tentera Salib Hendak Mencuri Jasad Rasulullah s.a.w.

Di bawah dicatitkan kisah bagaimana tentera salib cuba mencuri jasad Rasulullah saw. Kisah ini dipetik dari buku "Beberapa Bagian dari sejarah Madinah" karangan 'Ali Hafidh,dan di terjemahkan oleh H.Miftahuldjannah Azhary Hassan,M.A.Di terbitkan oleh King Fadh National Library. Buku didapati di Madinah Aal-Munawarah.

CUBAAN/UPAYA MENCURI JASAD RASULULLAH SAW.

Pada masa kelemahan dinasti Al-'Abbassiyah,beragamnya negara2 Islam,beranekanya kebangsaan2 dan persaingan2 sertaterkaitan-kaitannya dan juga serbuan orang-orang Kristenke beberapa negara-negara Islam di era kacau-bilau itu.

Seperti yg.diriwayatkan oleh sejarahwan,pada tahun 557 H(1164 M)orang-orang Kristen bersepakat utk. memindahkan jasad Nabi saw dari kuburnya.Untuk itu mereka mengirim 2 orang dari kalangan mereka utk.memasuki Madinah dgn.mengenakan busana/pakaian orang Morocco dan kedua-dua mereka mendakwakan diri sebagai warga Aandalusia. Kedua-duanya menginap di tempat yang bersebelahan dgn.Kamar nabi saw dari arah kiblat(selatan) di luar Masjid Nabawi,dekat dgn. rumah keluarga 'Umar yang dikenali dgn.nama Diyar Al-'Asyrah.(tempat itu telah digusur ketika dilakukan perluasan di sekitar Masjid Nabawi di saat era perluasan era Saudi).Al-Asnawi mengatakan bahawa kedua-dua orang itu menginap disuatu serambi dekat Kamar Nabi saw.

Kedua-dua orang itu menampakkan diri mereka sebagai orang yang soleh,bertaqwa,melakukan sirratulrahim,melaksanakan kebajikan,menunaikan solat dan menziarahi perkuburan Al-Baqi' dan Makam Nabi saw.Begitulah penampilan mereka secara lahiriah,tetapi secara bersembunyi sebenarnya mereka sedang menggali sebuah terowng yang akan berakhir di di Kamar nabi saw. Mereka mengangkut tanah yang digali sedikit demi sedikit,terkadangnya di buang di sebuah telaga yang ada diserambi tempat mereka menginap dan adakalanya mengangkut tanah itu didalam tas/beg kulit dan mengelabui mata masyarakat seolah-olah mereka menziarahi perkuburan Al-baqi',padahal tujuan mereka adalah utk.membuang tanah di sana.

Mereka telah berhasil melakukan pekerjaan itu utk.satu tempuh waktu,hingga mereka mengirakan pekerjaan mereka sudah hampir mencapai target dan sudah sampai didekat kubur Nabi saw.Ketika itu kedua penjahat ini mulai berfikir bagaimana caranya hendak mengangkut jasad Rasul saw dan mengganggap tugas mereka hampir berhasil.Tetapi sebenarnya ALLAH swt selalu mengawasi gerak-geri mereka.

Di saat itu Sultan Nuruddin mahmud bin Zanki(di Syam)bermimpi melihat Nabi saw sedang menunjuk kedua lelaki berambut perang itu dan menyatakan;"hai Mahmud,selamatkan akau dari kedua orang ini".maska terbangunlah sultan Mahmud dalam keadaan gelisah,beliau lalu menunaikan solat dan tidur kembali.Tapi beliau melihat situasi yang sama sebanyak 3 kali terturut-turut.Ketika beliau terbangun utk.kali ketiganya,beliau memanggil menterinya,Jamaluddin Al-Muwashshali,seorang menteri yang berwawasan luas,alim dan suka merendah diri.Menteri itu mengatakan kepada Sultan:"ini ada suatu kejadian di Madinah Munawarah,pergilah sekarang ke Madinah dan jangan bicarakan apa yang engkau lihat dalam mimpimua pada sesiapapun!".

Di malam itu Sultan Mahmud menghabiskan waktu malam yang tersisa itu,utk.persiapan,dan pagi esoknya beliau berangkat berama 20 orang lelaki dan menteri Jamaluddin,serta membawa perbekalan dan harta yang banyak.(Majduddin Al-Mathari mengatakan Sultan membawa 1000 ekor haiwan tunggangan sebagai kenderaan dan diikuti oleh kuda2. Beliau menempuh jarak dari negeri Syam(Syria sekarang) ke Madinah selama 16 hari. Ketika di Madinah beliau melakukan solat di Raudhah,lalu menziarahi kubur Rasulullah saw,kemudian duduk termenung tidak tahu apa yg.harus dilakukan. Ketika itu menteri Jamaluddin bertanya kepada Sultan Mahmud:"Apakah engkau kenal kedua orang itu jika kau melihatnya?."Beliau menjawab :"ya."Maka berkatalah menteri itu kepada seluruh penduduk Madinah ketika mereka berkumpul di Masjid Nabawi :"Sultan Mahmud membawa harta utk.disedekahkan,tulislah oleh kalian nama2 orang yang memerlukan bantuan dan sedekah dari kalangan kamu dan bawalah orang-orang itu ke sini."

Tiap-tiap orang yang datang mengadap Sultan memperolehihabuannya dan poada saat itu sebenarnya Sultan Mahmud meneliti orang-orang yang datang,tetapi beliau tidak bertemu dgn.orang yang dilihat dalam mimipinya.

Maka berkatalah Sultan Mahmud:"Apakah ada di antara kamu orany yang belum mendapat habuannya?."Mereka menjawab :"Tidak ada kecuali 2 orang Morrocco,keduanya tidak mengambil sedikitpun,kedua-duanya adalah oarng soleh."Lalu Sultan Mahmud berkata :"Serahkan urusan merekakepadaku danbawalah mereka berjumpa aku."

Tiba-tiba ternyatalah mereka berdua adalah orang ditunjuk oleh Rasulullah saw dalam mimpi Sultan.Maka berkatalah Sultan: "Dari mana asal kamu berdua?".Mereka menjawab:"Kami sesungguhnya dari Morocco,kami datang menunaikan ibadah Haji dan tahun ini kami pilih utk.berada dekat dgn.tempat ini."Ketika ditanya dgn.lebih lanjut,mereka tetap mempertahankan jawaban mereka.

Lalu Sultan meninggalkan mereka berdua dijaga oleh parea pengawal baginda,dan beliau pergi ke tempat penginapan mereka di serambi,disertai oleh beberapa penduduk Madinah.Ditempat itu mereka menemui harta yang banyak,dua mushhaf al-Qur'an,buku-buku atas rak dan tidak menemui sesuatu yang pelik atau berlainan.Sultan Mahmud mengelilingi tempat itu dan pada ketika inilah ALLAH memberi ilham kpd.Sultan sehingga beliau mengangkat sebuah tikar yg.menutuptempat itu.Maka dijumpailah sebilah papan dibawah tikar itu,lalu diangkat papan itu.Didapati terdapat sebuah terowong yang digali menuju ke Kamar Nabi saw,menembusi foundation Masjid Nabawi.

Tercenganglag penduduk Madinah,kerana mereka semua menyangkakan kedua orang itu orang yang soleh dan bertaqwa. Kemudian Sultan memukul keras kedua orang itu sehingga mereka akhirnya mengaku yang mereka sebenarnya beragama Kristen.Kedua-duanya telah diutuskan oleh raja-raja Kristen dalam pakaian jama'ah Haji Moroccodan membiayai mereka dgn. dana yg.amat besar serta memerintah mereka menggunakan muslihat supaya dapat memindahkan jasad Nabi saw dan dibawa balik ke negeri mereka(kristen).

Ketika perbuatan mereka telah terbongkar dan mereka mengakui kejahatan mereka,Sultan Mahmud memerintah dipenggal leher mereka didekat jendelaa sebelah timur Kamar Nabi saw,kemudian pada petangnya jasad kedua penjahat itu dibakar hangus.

Kemudian Sultan Nuruddin Mahmud memerintah digali sebuah parit mengelilingi makam Nabi saw dan memerintah dituangkan timah cair kedalam parit itu hingga penuh.Kemudian barulah Sultan pulang ke Syam.

(selain dari itu ada beberapa lagi percubaan untuk memindahkan jasad Rasulullah saw untuk dibawa ke Mesir.InsyaALLAH akan dicatitkan utk.pengetahuan ramai.)

### Yang baik itu dari ALLAH.Yang tidak baik dari kesilapan dan kelemahan saya sendiri.



........................................
7 Januari 2002

Arkib Kisah Pengajaran