Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman
menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada
satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya
berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan
satu
rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
universiti al-azhar, kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah
sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya
menetap di mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah
agama
gunung semanggol, perak. Keluarga saya memang semuanya di mekah, cuma
saya
seorang saja tinggal dengan nenek saya di perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji
di
lapangan terbang jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak
riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. sebaik sampai,
saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di
madinah.
Tiba di madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka
seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi madinah,
tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun
bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya
pada
jemaah-jemaah yang lain. suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar
menjadi cemas. semua jemaah nampak panik dengan
apa yang sedang berlaku.
"badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. tanpa membuang masa, kami
mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital madinah yang
terletak
tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.
namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
madinah
untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. selepas dua
hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama
saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke hospital abdul aziz jeddah untuk mendapat- kan rawatan
lanjut
sebab pada masa itu hospital di jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak berhasil.
jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke mekah untuk
mengerjakan
ibadat haji. selesai haji, sekali lagi saya pergi ke jeddah. malangnya,
bila sampai di hospital king abdul aziz, saya diberitahu oleh doktor
bahawa
wanita tersebut masih koma. bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan
untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka mata- nya. dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. sudah
tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa
saja dia tiba-tiba
menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "mazlan
..kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. seketika kemudian dia
bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian,
cerita
yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
katanya, "mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki
orang
putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma islam pada nama dan keturunan
saja.
ibadat satu apa pun kakak tak buat. kakak tak sembahyang, tak puasa,
semua
amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. rumah kakak penuh dengan
botol arak. suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul
saja,"
katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain
pergi
haji, kakak pun teringin juga nak pergi.", "jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa
akit?" tanya saya lagi.
dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "mazlan...allah
itu
maha besar, maha agung, maha kaya. semasa koma tu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini. "betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "betul
mazlan.
Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan
yang Allah beri kepada kakak. balasan azab lan, bukan balasan syurga.
kakak
rasa seperti diazab di neraka.
"kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan
macam mana pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada
Allah.
"bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh
ke
dalam api neraka. buah dada kakak rentung
terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak
masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."
tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu
terus bercerita. menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti,
24
jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau
dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu
dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "hari-hari kakak diseksa. bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut
kulit
kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak
terasa seperti menggelegak. azab itu cukup pedih...pedih yang amat
sangat...tak boleh nak
diceritakan."
sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak.
nyata
dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. saya pula terpegun,
kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan allah
kepada
umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja islam, tapi kakak minum arak, kakak main
judi
dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan
buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan
duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak
betul-betul lapar.
"bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak
dan
bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. sedangkan jari yang
tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk
kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah
itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak
masukkan
saja bara api
itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
panasnya cuma allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan
sama dengan kepanasannya.
"selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan
pula
dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak
terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak
lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak
hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh
kebesaran Allah."masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya
berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup
sekali
lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang,
akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
agung
dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya.
kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau
buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat
kelak. alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran
Allah.
"ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
tu
sekali. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak
dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil
menangis-nangis.
sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. bila saya membawanya ke
mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak
henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang
subuh.
"kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. kakak kena jaga
juga
kesihatan diri kakak. lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan
nasi,
berehat..." tegur saya.
"tak apalah mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan
semasa
kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil
haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
selain itu dia berdoa, mohon kepada allah supaya mengampunkan dosanya.
saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. jadi saya
menasihatkan
supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"tak boleh mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
mazlan tak rasa, mazlan tak tau. kalau mazlan dah merasai azab itu,
mazlan
juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "mazlan, kalau ada
perempuan
islam yang tak pakai tudung, mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah
tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak
mau
wanita lain pula jadi macam kakak. "semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita islam
yang
sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu
dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai
ini,
bermakna kakak
mendapat 10 dosa.
"tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
akak
nak ajak suami pergi haji. seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada
nama saja. tapi itu semua kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk
islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan islam."
sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita
yang
benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia
bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat
nasuha? satu lagi,
cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan
oleh allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. adakah ia bercanggah?
benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya
secara
saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu
perkara ghaib? janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita
sudah
diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang
Allah
dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT
SEBELUM
SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
........................................
29 Mei 2001