Umno Sedang Uzur SIAPA GANTI MAHATHIR?

Buku Politik : Umno Sedang Uzur SIAPA GANTI MAHATHIR?

SEBUAH buku politik bertajuk Umno Sedang Uzur Siapa Ganti Mahathir? Kini boleh didapati dari penulisnya, Zakaria Bidin. Buku setebal 165 muka surat (dengan lapan muka surat pengantar) cukup menarik untuk ditatap. Banyak perkara yang ditimbulkan boleh diperbincangkan secara ilmiah kerana Zakaria Bidin berjaya mengajak pembaca berkongsi pengalaman. Buku ini diberikan Kata Pengantarnya oleh penulis politik Daud Haji Ibrahim. Buku ini juga turut menyiarkan surat jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Ketua Pengarah Hospital Kuala Lumpur. (Lihat muka surat 153-165).

Buku ini merupakan buku kedua Zakaria selepas Surat Terbuka Kepada PM…Bila lagi Mahathir Nak Berhenti yang mendapat sambutan luar biasa. Buku Siapa Ganti Mahathir dijual dengan harga RM10 dan untuk keterangan lanjut sila hubungi penulis di alamat : zakariabidin@hotmail.com

Antara kandungan buku ini; "Dr. Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sampai mati. Tapi, tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri selepas Mahathir kerana "tiada perkara mustahil dalam politik". Menurut Zakaria, jika Ustaz Fadzil Noor yang memimpin Barisan Alternatif menjadi PM, tiada siapa yang akan menentang kerana yakin, kemampuan dan kebolehan yang ada pada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ini. Zakaria juga percaya kekuatan Pas menawan Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya (lihat muka surat 122) akan menjangkit ke negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor. "Tidak mustahil Pas dan BA akan dapat memerintah negara ini." Tulis Zakaria lagi. Buku ini diterbitkan Penerbitan Ceria dan dicetak Puncak Warna Sdn. Bhd. Dan dijangka diedarkan di pasaran dua minggu akan datang.


............................................
25 Mei 2001

>>Arkib Majalah Terkini<<