Penderitaan Saari Sungib dibukukan

Sekali lagi kekejaman ISA dan penderitaan yang dilalui tahanan dan keluarga mereka dibukukan untuk dijadikan iktibar .

Buku terbaru dipasaran ialah hasil tulisan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Saari Sungib yang kini ditahan di Kem Kamunting mengikut ISA .

Dan memang tetap buku dua jilid itu dinamakan " Suara dari Kamunting 1 & 2 ". Majlis pelancaran dilaksanakan semalam oleh Gerakan Mahsuhkan ISA (GMI).

"Suara dari Kamunting" antara lain mendedahkan soal-siasat Polis Cawangan Khas terhadap Saari selama 54 hari yang tidak berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Saari juga menampilkan pandangan untuk menyokong kenyataannya bahawa tangkapan dan penahanannya dan rakan rakan bermotifkan politik dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara seperti yang dituduh pihak berkuasa khususnya Ketua Polis Negara.

Menerusi buku ini juga Saari berazam untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan dan pembongkaran penyelewengan dan salah gunakuasa polis dan pemerintah.

April lalu Saari ditangkap dibawah ISA. Soalsiasat dijalankan oleh Polis Cawangan Khas selama 54 hari.

Menteri Dalam Negeri kemudian mengeluarkan perintah tahan di Kem Kamunting selama dua tahun bermula 2 Jun.Mengikut undang undang negara tempoh penahanan boleh dilanjutkan mengikut budi bicara Menteri berkenaan.

Tuduhan terhadap Saari ialah "memudaratkan keselamatan negara" .

Pada sidang media ketika majlis pelancaran , isteri beliau , Puan Alizah Jaafar melahirkan harapan agar kezaliman terhadap tahanan politik akan tersebar lebih meluas menerusi buku ini.

Beliau juga media tempatan dapat menyiarkan sinopsis karya Saari dan membuat ulasan. Buku 'Suara Dari Kamunting' dijual dengan harga RM 10.00 senaskah dan boleh dibeli daripada GMI dan Pejabat KeADILan.

............................................
19 Disember 2001


Lain-lain Terbitan :

  • Umno Sedang Uzur SIAPA GANTI MAHATHIR?
  • Buku Dedah Tembelang Astora Jabat Diterbitkan
  • 'CABARAN' kini dalam pasaran
  • Buku Terbaru Dinsman : Macam Orang Gila



    * Ingin iklan terbitan anda, sila emailkan maklumat terbitan anda. Paling baik jika boleh hantar cover dan contoh artikalnya sekali.