Didoakan semoga kalian beroleh selamat dibawah lindungan payung
rahmat Allah SWT Amin.......
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku
asalnya
dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana
darah
manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman
cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak seelaraslah undang-undang
Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah
dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula
untukku
meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar
sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan
rata-rata
apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan,
di
pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar
dari
rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung
rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah
tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu
yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul
senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada
kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku
tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak
lagi
seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Haawa terpesong, maka Adam yang
patut
tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai
mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar
kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani
Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak
Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai,
lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu
sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah
syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam
dadaku agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut
langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu
dan
lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang engkau
agungkan itu.......................................
Petikan dari;
Warkah dakwah 1986