Muhammad Isa al-Jambuli
SAIYIDATUNA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah
s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau.
Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini.
Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau
mengingati wasiatku ini..."
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan
seperti berikut: Hai, Aisyah, pilaharakanlah diri engkau.
Ketahuilah bahawa sebahaguan besar daripada kaum engkau (kaum
wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.
Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :
(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi
kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;
(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya -
apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;
(c) mengkufurkan nikmat;
(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;
Wahai, Aisyah, ketahuilah :
(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan
(kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah
Taala amalannya;
(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan
lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh
puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;
(c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau
menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan
muka dan tubuhnya pada hari kiamat;
(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami-
nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan
ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada
hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya
terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;
(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan
berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul
mukanya dengan sembahyangnya;
(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu
dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan
pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan
isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat
kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;
(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di
hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap
perbuatan zina dengan depalan puluh cemeti daripada api;
(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya
pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan
qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;
(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang
dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang
sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;
(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti
suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam
perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat
(banyak beribadat kepada Allah).
Wallahu a'lam.
.........................................................................
18 Januari 2002