Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan
agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam
rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian
sudah selesai,
muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa
jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum
syariat.
Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi
bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani
kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah
muslimat masa kini
yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil
beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.
Rasulullah s.a.w. telah
membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan
muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan
muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah
dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh
tubuhnya
teah meluncur dengan kudanya ke tengah medan
peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh
menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam
mangsa.
Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh
angkatan perang tercengang melihat ketangkasan
Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang
tersebut yang kelihatan hanya
dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula
ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila
mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu
berbuat
demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang
berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak.
Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah
telah
memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada
Islam.
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau
dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan
Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame
beberapa hari. Walaupun
agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah
tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa
hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat
kepada
rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang seadang berjuang di di
jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi
tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup
menjadi hamba
orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari
dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana
itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai
seorang pejuang yang
rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan
saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa?
Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi
hamba-hamba orang
Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat
rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang
pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan
rakan-akannya rela
mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua
bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya
bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat
kepada
rakan-rakannya:
"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut.
Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan
ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan
pedang mereka,
perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InshaALlah
pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan
pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan
tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus
terkubur dalam sanubari
serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat
masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi
terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan
diperbetulkan.
dipetik dari laman web surau
.........................................................................
25 Januari 2002